Jumaat, 22 Oktober 2010

Batu Sapi: 20 borang pencalonan diambil

BERNAMA

SANDAKAN — Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah setakat ini mengeluarkan 20 borang pencalonan untuk pilihan raya kecil kawasan Parlimen Batu Sapi.

“Saya tidak pasti sama ada semua borang itu akan diserahkan kembali. Kami hanya menjual, siapa-siapa pun boleh beli.

“Tetapi kalau ada yang memutuskan untuk bertanding nanti, saya berharap borang pencalonan akan diserahkan dengan deposit RM10,000 untuk bertanding sebagai calon Parlimen,” kata Timbalan Setiausaha (Operasi) Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Noordin Che Ngah.

Borang berharga RM20 bagi satu set.

Hari penamaan calon adalah Selasa ini sementara hari mengundi pada 4 November.

Kerusi kawasan Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lepas.

8 ulasan:

evan medhousky berkata...

saya harap PRK Batu Sapi ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden2 yang boleh menjejaskan perjalanan dan keputusan PRK..

Anak Sabah berkata...

Diharapkan mendiang Datuk Edmund akan memberkati pilihan raya kecil ini supaya berjalan lancar.

Anak Sabah berkata...

Semoga calon terbaik akan muncul sebagai pemenang.

samm berkata...

Batu Sapi pasti menjadi tumpuan sepanjang tempoh PRK ini. semoga semua proses akan berlangsung dengan baik.

Hosie Masie berkata...

20 borang habis semua. Tidak pasti kenapa borang begitu banyak. Adakah 20 borang itu juga akan dikembalikan atau ada sebab lain. Kita tunggu saja siapa calon setiap parti nanti.

Sanih Alias berkata...

Jika 20orang calon, itu jumlah yang ramai. Tapi kita tidak tahu siapa yang akan layak nanti. Mari kita saksikan PRK Batu Sapi ini dengan saingan BN ialah PKR dan SAPP.

mandau berkata...

2o borang pencalonan telah diambil, kemungkinan akan ada calon lain yang akan ikut bertanding.

Unknown berkata...

Wow, apa mungkin ada tambahan calon yang akan bertanding di saat2 akhir? dari pihak pembangkang? atau kerajaan? tapi tak mungkin kerajaan, kan mereka sudah bersatu hati memilih PBS sahaja.