Isnin, 18 Oktober 2010

BAJET 2011, BAJET ORANG MABUK?


Oleh: MAIL MATHEW

KELANGSUNGAN dan keperluan untuk bermegah-megah sangat dengan Bajet 2011 baru-baru ini tidak timbul meskipun pihak pembangkang khususnya Parti Maju Sabah (SAPP) tidak akan menghalangnya dari diteruskan; tetapi sekadar terkejut ketika mengamati intipati kandungan bajet itu hampir selari dengan fokus rangsangan bajet di masa lalu, namun rakyat gusar kerana pelaksanaannya tidak sampai ke sasaran mengikut jadual.

“Apabila rakyat mula gusar kerana bajet berbillion ringgit diumumkan setiap tahun tetapi hasilnya tidak sampai kepada kawasan. Bagaimana pun pemimpin menempelak menyalahkan pula pihak pelaksana, kononnya merekalah punca sebenar lambat melaksanakan arahan itu,” kata Naib Presiden SAPP, Jimmy Jawatah pagi tadi.

Tegasnya, keghairahan pemimpin kerajaan BN khususnya Perdana Menteri merencanakan rangsangan program pembangunan untuk dimasukkan dalam setiap bajet; nampaknya tidak terkawal langsung kerana beliau (PM) mungkin tidak mendapat ‘input’ dari pihak bawahan (wakil rakyat/Pengarah) status keperluan (ditambah nilai atau dibatal) projek pembangunan di masa lalu.

Jimmy yang juga Pengerusi CLC SAPP Tenom dan bekas Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) ketika era kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) seterusnya berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan Pembantu Menteri Pertaniandan Asas Tani Sabah, Datuk Bobbey Suan baru-baru ini, bahawa pihak pelaksana tidak konsisten dengan tanggung jawabnya mensasarkan sesuatu pembangunan itu disasaran yang tepat mengikut arahan yang dikeluarkan.

Beliau berkata, selain bukti yang telah disebut Bobbey tentang kelemahan meletakkan sasaran tepat pengagehan Program Bantuan Rumah (PBR) kepada miskin dan miskin tegar, malah kualiti pembinaannya juga termasuk saliran najis dan pendawaian tidak sempurna dan tidak mengikut piawaian yang betul.

“Sebenarnya, masalah seperti ini sudah berlaku sejak BN bertapak di Sabah tetapi jentera pentadbiran kerajaan tidak pernah menguatkuasakan peraturan tugas pemantauan setiap projek yang telah siap perlu disahkan sebelum Perintah Am Kerja (GWO) itu ditanda tangani,” tegas Jimmy.

“Bantuan PBR juga kita mendapat tahu bahawa ia sudah diselewengkan kerana apa sebab mereka yang dikategorikan sebagai berkemampuan tetapi diberi kelulusan memiliki PBR? Malah ada pula suatu ketika pernah dilaporkan dalam media bahawa seorang pemimpin wanita dari salah satu parti komponen BN mendapat PPRT (sebelum PBR),” tambah beliau.

Nampaknya, tambah Jimmy lagi, apabila ramai pemimpin kerajaan BN khususnya wakil wakil rakyat yang sejak akhir-akhir ini iaitu selepas pengumuman Bajet 2011 turut mempertikaikan kelemahan pihak pelaksanaan, sudah pastilah apa yang disuarakan pembangkang khususnya SAPP dalam masalah tersebut sebelum ini; bukanlah niat pembangkang bermain politik membabi buta tetapi dengan sendirinya telah terbukti dan diakui BN menerusi kenyataan-kenyataan pemimpin mereka sendiri.

“Inilah yang dikatakan sebagai sudah terantuk barulah terngadah atau ‘Bajet Orang Mabuk Tuak’ namun ia maseh belum terlambat untuk diperbaiki demi mensejahterakan bajet yang baru diumumkan itu,” kata Jimmy sambil mengharapkan agar pemimpin BN akan bersedia berubah kearah yang lebih positif dalam konteks membangunkan rakyat di sesuatu kawasan.

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bajet yang diumumkan oleh PM adalah baik dan sesuai untuk memajukan ekonomi negara. semua pihak perlulah sama-sama berusaha agar apa yang disasarkan akan tercapai.

tombolo berkata...

harap bajet yang diperuntukkan itu benar2 digunakan dgn sebaiknya.

Unknown berkata...

Moga-moga Bajet 2011 ini akan dilaksanakan dengan lancar.

evan medhousky berkata...

kurang keberkesanan dari segi pelaksanaan ditambah dengan peranan pihak pembangkang boleh jadi punca utama bajet 2011 ini terus dipandang serong oleh segelintir pihak.

evan medhousky berkata...

bajet 2011 adalah bajet rakyat yang mana hampir keseluruhan intipatinya telah mengambil kira pandangan serta pendapat kreatif orang awam. tahniah kepada Perdana Menteri kita kerana berjaya membentangkan bajet ini yang jelas meresahkan pihak pembangkang... bagaimana agaknya jika SAPP yang buat bajet 2011?? mesti lebih banyak cacat celanya...

langsat berkata...

Ada kebenarannya juga kenyataan ini. Apa yang lebih diharapkan lagi ialah pelaksana perlu konsisten dengan bertanggungjawab atau sasaran sesuatu pembangunan itu mematuhi arahan yang dikeluarkan.

langsat berkata...

Diharapkan juga bajet 2010 dapat digunakan sebaikmungkin dengan memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

langsat berkata...

Diharapkan juga setiap projek yang akan dilaksanakan dapat dipastikan kualitinya ataupun piawaian yang ditetapkan mengikut kos yang digunakan.

Tanpa Nama berkata...

rasanya tak da masalah dalam bajet 2011 ni, pembangkang ni sengaja nak cari kesalahan kerajaan.

Sanih Alias berkata...

Kita harus meyokong bajet 2011 yang telah dibacakan jumaat lepas oleh PM. Oleh itu, kita berharap sangat bajet ynag telah diperuntukkan itu akan digunakan dengan sebaik-baiknya.

amy berkata...

Bajet 2011 merupakan satu berita gembira yang sangat2 mempengaruhi golongan berpendapatan rendah, jadi kebanyakan besar mereka akan mengharapkan agar Bajet ini dilaksanakan. Namun melihat kepada peruntukan2 yang diberikan selama ini, kebanyakan projek hanya tinggal tanda tanya dan hangat2 tahi ayam. Sebab itulah sebahagian pihak berpandangan negatif terhadap bajet baru tersebut.

amy berkata...

Oleh itu, diharap kerajaan betul2 akan melaksanakan bajet ini daripada hanya tinggal kenangan sahaja. Jangan sampai perkara ini hanya menjadi umpan kepada rakyat Msia untuk menyokong BN.

azman berkata...

peruntukan dalam bajet 2011 diharap dapat digunakan dengan sebaiknya agar manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat.

Sanih Alias berkata...

Tapi apa pun kita bersyukur kerana sabah dapat juga peruntukkan sendiri untuk pembangunan. Tapi apa yang pennting sekarang, kita harapkan utamakan kepada kepentingan rakyat berbanding dengan pembangunan.

Paquin berkata...

Apa lah ni... bajet da cukup ok tapi masih juga dikatakan bajet orang mabuk.. huhuhu

Paquin berkata...

Bersyukurlah seadanya.. Tak perlu burukkan bajet 2011, lebih baik kita berdoa agar bajet tu terlaksana dengan baik :)

Paquin berkata...

Setuju evan medhousky. Sepatutnya pihak pembakang pun janganlah terlalu cemburu dgn keprihatinan kerajaan bah. hehehe

Paquin berkata...

kalau cemburu pun, jom lah sokong sama2 supaya bajet ni dapat direalisasikan utk rakyat :)

Paquin berkata...

Biasalah tu supra. Pembakang saja nak popular dengan mencari publisiti murahan! hahhaa

evan medhousky berkata...

yang mabuk sebenarnya adalah pembangkang, setelah Najib mengumumkan bajet 2011 mereka seolah2 terkena histeria, migrain dan hilang kewarasan kerana tidak tahu samada mahu membantah atau tidak. sokongan majoriti rakyat terhadap bajet ini merupakan petanda awal bahawa hasrat pembangkang untuk merampas kerajaan akan tertutup selama2nya.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan bajet ini boleh membawa kebaikan kepada rakyat.

kb girl berkata...

Sekiranya semua barjet yang dibentangkan setiap tahun menepati sasaran, sudah lama Malaysia mencapai tahap negara maju.

Unknown berkata...

Setiap kali barjet dibentangkan, media akan menberi pujian serta menyifatkan barjet berkenaan mesra rakyat dan peniaga.
Hakikatnya........!

mike berkata...

bajet 2011 dilihat lebih mesra rakyat berbanding dengan bajet sebelumnya yang dilihat lebih fokus kepada pembangunan fizikal dan kesejahteraan rakyat kurang diberi perhatian seperti gaji minimum dan sebagainya.

mike berkata...

namun diharapkan apa yang terkandung dalam bajet 2011 benar2 nyata dan dapat dilaksanakan dengan mencapai objektif tertentu..

mike berkata...

bajet 2011 adalah peluang bagi najib membuktikan ketelusan gagasan 1malaysia dan konsep rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..bajet 2011 juga adalah platform bagi najib merealisasikan transformasi kerajaan seperti yang diwar-warkan oleh beliau..

mike berkata...

sasaran lalu yang belum dicapai juga harus diteruskan..lakukan apa yang perlu dilakukan..

Unknown berkata...

Barjet setiap tahun disifatkan barjet yang bagus tetapi banya target yang dirancang tersasar kerana sebab-sebab yang tertentu seperti perlaksanaan yang tidak betul.

Unknown berkata...

Tiada bajet yang sempurna yang disukai semua orang. Mesti ada golongan yang terjejas dan juga golonagan yang dapat manfaat.

captain berkata...

Bajet setiap tahun bukan main dipuja media selepas ia diusul. Barjet mesra rakyat;bajet mesra pelabur.....!
Hakikatnya FDI kita menurun mendadak setiap tahun.

Unknown berkata...

Matlamat yang dirancang dalam bajet banyak yang tidak dapat tercapai.