Sabtu, 23 Oktober 2010

Anwar Lancar Jentera PRK Pakatan Rakyat P185 Batu Sapi Esok

Oleh Dzulkarnain Taib

sabahSANDAKAN - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat(KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka merasmikan jentera pilihan raya kecil Batu Sapi dalam lawatan kerja beliau sehari ke Sabah esok.

Sebelum itu Anwar djadualkan mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah pada pukul 9.00 pagi sejurus mendarat di Lapangan Terbang Sandakan.

Pelancaran jentera pilihan raya kecil KEADILAN Batu Sapi akan berlangsung pada pukul 11.00 pagi di pejabat cabang di Bandar Ramai-Ramai.

Majlis pelancaran akan dirancakkan dengan ucaptama Anwar selain pimpinan parti termasuk Naib Presiden, Azmin Ali, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat, Fauziah Salleh, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin, Pengerusi MPN Sabah Ahmad Thamrin Jaini dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Datuk Chua Jui Meng.

Sekretariat Pakatan Rakyat PAS Sabah pula akan menganjurkan Himpunan Isu Tanah Sabah di Dewan Hakka di Batu 5, Jalan Utara sebagai kemuncak kepada lawatan Anwar ke Sabah.

Himpunan itu akan turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. program tersebut akan diisi dengan pembentangan kertas kerja berhubung tanah adat (NT), tayangan video serta pelancaran Deklarasi Tanah Sabah.

Pada pukul 5.00 petang Anwar bersama Abdul Hadi dan Kit Siang akan melancarnan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat Batu Sapi di lokasi yang sama.

31 ulasan:

zam berkata...

setiap parti yang bertanding mempunyai strategi untuk memenangi PRK ini. jentera setiap parti perlulah berkempen dengan cara yang baik dan bersih..

evan medhousky berkata...

nampaknya PKR sedang berkerja keras di Batu sapi,, saya harap PBS/BN dan SAPP juga tidak berdiam diri dan tidak ketinggalan dalam memberikan saingan terhadap parti2 yang bertanding.

evan medhousky berkata...

sepatutnya BN lebih giat mematahkan cubaan pembangkang menjatuhkan populariti BN di Batu Sapi.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan pilihan raya kecil ini akan berjalan lancar, adil dan bersih.

Anak Sabah berkata...

Kita tengoklah bagaimana keputusan PRK itu nanti. PRK semakin hampir, baik kita tunggu dan liha sajalah.

mandau berkata...

PKR telah mengatur stategi untuk menghadapi piliharaya Batu Sapi, harap parti yang lain juga begitu.

Hamdan Hadillah berkata...

BN janganlah duduk diam. Pastikan BN akan dapat mempertahankan kerusi perlimen Batu sapi. Semoga Bn akan buat yang terbaik.

Hosie Masie berkata...

Jentera PRK PR??apa pun kita mengharapkan tidak ada perkara yang buruk tidak diingini berlaku. BN seharusnya lebih mendekati penduduk. Ini bertujuan bahawa pemimpin tidak lupa dengan mereka. Harap BN akan bertindak lebih berbanding PR.

Sanih Alias berkata...

Para penduduk diminta supaya tidak akan tertipu dengan semua janji yang diberikan oleh PR. Mereka hanya memainkan janji untuk memenangi kerusi. jadi janganlah mudah tertipu. Semoga penduduk memilih calon yang betul-betul berkelayakkan.

joey berkata...

jentera setiap parti yang bertanding pasti sudah bersiap sedia pada masa ini. BN pasti berusaha untuk mengekalkan kemengan di Batu Sapi..

Tanpa Nama berkata...

PKR dah mengatur strategi. BN juga mempunyai strategi tersendiri dalam pilihanraya ini.

nurfatihah berkata...

Tidak dinafikan pihak pembangkang dan kerajaan masing2 mempunyai cara pemikiran mengenai strategi sendiri, jadi lakukan apa saja yang kamu patut lakukan. Buat penduduk Batu Sapi, jangan alang-alang.

nurfatihah berkata...

Jika pembangkang menang di kawasan ini, BN sudah patut membuka mata.

mike berkata...

PR nampaknya akan menggunakan segala sumber dan kudrat yang ada untuk merampas batu sapi dari BN.

mike berkata...

kesungguhan PR ini menunjukkan komitmen mereka dalam PRK ini..BN harus bersedia sepenuhnya dan komitmen dari semua parti komponen BN sabah adalah perlu bagi memastikan batu sapi kekal milik BN.

mike berkata...

PRK batu sapi menjadi ukuran kepada semua yang bertanding untuk menilai sejauh mana sokongan rakyat kepada mereka sebagai persediaan PRU13..

mike berkata...

siapa yang menang ditentukan oleh rakyat..

mike berkata...

apa pun, diharap PRK batu sapi akan menunjukkan kematangan berpolitik dari semua yang bertanding..

mike berkata...

diharap juga agar SPR menjalankan tugas mereka dengan baik bagi memastikan PRK batu sapi berjalan dengan lancar dalam suasana yang aman.

Paquin berkata...

Masing-masing dengan strategi tersendiri... hhmmm kalaulah saya di Sandakan, pasti boleh nampak live karenah mereka kan. hehe

Paquin berkata...

Semua parti harus kerahkan usaha mereka untuk meraih undi rakyat. Jangan terlalu yakin nanti ketinggalan bas pula:P

Paquin berkata...

All the best kepada semua calon yang bertanding. Datin Linda, saya mengharapkan yang terbaik utk beliau :)

Paquin berkata...

Betul lafizah. Para pengundi harus matang dalam membuat penilaian. Pastikan undi itu adalah utk pemimpin yang benar2 layak.

Paquin berkata...

Apapun, sama2 lah kita nantikan keputusannya nanti!

Paquin berkata...

All the best!!!

kb girl berkata...

Anwar mahir memprovok emosi rakyat dengan ucapanya, BN mesti cari jalan meneutralkan kesan atau impak ini.

Unknown berkata...

Semua parti yang bertanding akan memulakan jentera pilihanraya mereka.

Unknown berkata...

Daya penarikan Anwar sebagai seorang ahli politik, mangsa penidasan, transformer, bekas timbalan PM.
Watak komplek Anwar dapat mengalih fokus dari semua arah.
BN mesti awas.

Unknown berkata...

Lihat apa yang akan diucap padi hari berkenaan. Rakyat harus pandai menilai.

captain berkata...

Anwar mampu mengakibatkan impak besar dengan ucapannya yang lantang dan beremosi.

Unknown berkata...

Semua jentera prk yang terlibat sugdah dilancar, isu demi isu akan dibangkitkan.