Selasa, 19 Oktober 2010

Ahli politik veteran Sabah Karim Ghani keluar Umno

BERNAMA

KOTA KINABALU – Seorang ahli politik veteran utama yang membawa Umno masuk ke Sabah, Datuk Karim Ghani, mengumumkan beliau keluar dari parti itu hari ini.

Karim adalah antara bekas pemimpin Usno (United Sabah National Organisation), termasuk Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun (pengasas Usno), yang memainkan peranan membawa Umno masuk ke Sabah pada 1990an.

Usno dibubarkan untuk memberi laluan kepada Umno.

Karim berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya ke ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan pejabat negeri parti itu di sini, awal hari ini.

“Saya telah keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta hari ini. Saya tetap dengan keputusan ini dan dalam pada itu saya tidak berparti sehingga menemui parti politik yang sesuai,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Karim berkata beliau kecewa dengan kegagalan Umno untuk mencapai objektif memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Sabah.

Bekas naib presiden Usno itu menyertai kumpulan yang setia kepada Usno yang baru-baru ini meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar mengkaji semula keputusannya menolak permohonan mereka memulihkan Usno.

Ada laporan menyatakan majoriti bekas pemimpin Usno merasa mereka dipinggirkan dan mahu parti itu dipulihkan untuk membolehkan mereka meneruskan perjuangan politik mereka.

21 ulasan:

samm berkata...

inilah politik..tindakan keluar parti berlaku dalam mana-mana parti sekali pun.

Tanpa Nama berkata...

biarkan karim Ghani keluar dari UMNO, ia takkan menjejaskan perjuangan UMNO.

Anak Sabah berkata...

Biarlah, jika sudah tiada semangat berjuang, tak guna mengekalkannya dalam parti.

Anak Sabah berkata...

Ini keputusannya, jangan nanti mahu u-turn lagi. Nanti dianggap tiada pendirian.

jsiput berkata...

Why the sudden resign?

jsiput berkata...

If that is his decision, then so be it.His resignation will not have an effect on UMNO.

Hosie Masie berkata...

Kenapa harus letak jawatan. Kenapa tidak pergi membela saja untuk hak rakyat sabah sekiranya kerajaan tidak melaksanakannya. Kelaur parti bukan penyelesaian yang baik. Kenapa tidak menyuarakan pendapat didalam parti sebagai ahli veteren yang telah lama berjuang untuk rakyat sabah.

Sanih Alias berkata...

Karim Ghani telah melakukan satu tindakkan yang salah. Sepatutnya beliau mempertahankan hak orang sabah dalam parti tersebut. Mengutamakan hak orang sabah. tapi beliau tersilap langkah keluar parti.

nurfatihah berkata...

Seperti terkena ludah sendiri.

evan medhousky berkata...

bukankah Datuk Karim antara pihak yang bertanggungjawab membawa masuk umno ke Sabah semata2 untuk menumbangkan kerajaan PBS? kenapa sekarang berpaling tadah? atau mungkin tidak dapat ganjaran sepanjang menyertai umno?

evan medhousky berkata...

adakah kegagalan Umno untuk mencapai objektif memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Sabah adalah disebabkan parti?. tidak!! itu disebabkan oleh ahli, dan Datuk Karim juga merupakan sebahagian daripada ahli umno. jadi kesimpulannya, Datuk Karim telah mendedahkan kelemahan diri sendiri dan menuduh parti secara keseluruhan sedangkan beliau sendiri sedar kelemahan itu disebabkan oleh jentera2nya.

orangkampong berkata...

Apa hal pun, itu adalah hak masing-masing. Macam orang suami isteri, kalau sudah tak sebulu apa guna bermasam muka panjang. Bercerai sajalah langkah terakhir; walupun ianya dibenci.

Karim Ghani sudah ambil keputusannya. Cumanya UMNO kena muhasabah sebab dia keluar tu...Takut kalau tak diperbaiki mana yang tak eluk, tambah ramai yang keluar UMNO !.

madd berkata...

yang penting UMNO kena teruskan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya.

Tanpa Nama berkata...

itu hak dia nak keluar UMNO atau tak. kita tak boleh menghalangnya.

Paquin berkata...

Inilah manusia.. mula2 berabis bawa masuk, dah masuk keluar la pula.. huhuhu

Paquin berkata...

Tapi kalau dah nak keluar, apa lagi boleh buat kan.. Itu hak beliau. Yang penting umno kena teruskan perjuangan mereka utk rakyat.

Paquin berkata...

Apa dan kenapa KG keluar, lantaklah... Dalam politik ni apa2 boleh berlaku:P

Paquin berkata...

parti politik yang sesuai???? hhmm bagi saya semua parti bagus cuma yang memburukkan nama baik parti ialah individu itu sendiri. Sebab itulah para pemimpin harus berpada-pada dalam tindakan kerana jatuh bangun parti adalah dari pemimpin itu sendiri :)

Paquin berkata...

Apapun saya harap tindakan KG keluar parti ni dikaji... Jika ada perkara yang harus diperbaiki, baikilag secepat mungkin sebelum lagi ramai yang keluar parti pula. Jika takda, fokuslah kepada perjuangan asal iaitu utk menjaga kebajikan rakyat.

PUTERA BAYU berkata...

harap-harap Datuk Karim Ghani dapat perjuangkan hak Rahyat sabah yang didokumenkan semasa penubuhan Malaysia (PERJANJIAN 20 PERKARA). Perjanjian tersebut seolah-olah telah dinafikan dan ada jugak orang-orang tertentu berkata perjanjian tersebut telah dimansuhkan (BILA???)..... UMNO seolah-olah tidak pernah mengiktiraf perjanjian tersebut, malah dalam mana-mana buku teks sejarah sekolah pun tidak pernah wujud. Sebab tu rakyat Sabah lupa tentang hak sebagai orang sabah. Kenapa?? Adakah isi kandungan perjanjian itu ada kesilapan? Kalau silap, kenapa ditandatangan? Adakah isi kandungan perjanjian itu menyebut berkenaan isu-isu sensitif?? WAHAI RAKYAT SABAH.. KITA ADA PERJANJIAN 20 PERKARA... JANGAN PERCAYA PERJANJIAN ITU TELAH MANSUH... PERJANJIAN ITU MASIH SAH, cuma rakyat Sabah tidak ramai yang tahu....

Anak Sabah berkata...

Betul, Putera Bayu. Perjanjian 20 perkara itu masih perlu diperjuangkan lagi.