Isnin, 11 Oktober 2010

12 maut, 40 cedera nahas enam kenderaan termasuk dua bas

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER

REMBAU — Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera apabila dua bas, sebuah van dan tiga buah kereta terbabit dalam kemalangan di KM 223, Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran Tol Simpang Ampat dekat sini petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Antara kenderaan yang terlibat dalam nahas paling buruk selepas Ops Sikap sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini ialah sebuah bas ekspres dan sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.

Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Laporan Bernama menyebut setakat 11 malam, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja’afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.

Tiada ulasan: