Ahad, 12 September 2010

Zizie dah lupa kawan?

UTUSAN ONLINE



SEJAK berumah tangga ni, nampaknya kehidupan pelakon gebu yang pernah Syed suka, Zizie Izette bertambah-tambah bahagia. Ulangan, pernah disukai tau, bukan masih suka. Karang tak pasal-pasal Datuk Bung datang cari Syed, haru biru nanti jadinya di Aidilfitri. Sorry Datuk, bergurau saja.

Memang dah nak masuk setahun bernikah dengan Datuk Bung, Zizie nampak makin berseri-seri, badan pun makin berisi. Iyalah, dapat suami penyayang, kenamaan, popular dan manis lagi ada, siapa yang tak gembira, betul tak?

Tapi dalam kemanisan itu ada benda yang tak berapa manis yang Syed dengar tentang Zizie.

Syed harap benda yang Syed tulis ni tak mengguris hati Zizie tau sebab bukan niat Syed nak mengutuk cuma nak suarakan pandangan kawan-kawannya kepada Zizie sahaja.

Syed ada mendengar aduan beberapa rakan yang pernah baik dengan Zizie kononnya sekarang ni susah benar nak bercakap, bersembang dan berbual mesra dengan pelakon berkenaan akhir-akhir ini. Bukan saja rakan artis, malah ada wartawan pun seperti sudah sentap dengan Zizie gara-gara sikap menyepikan dirinya itu.

Telefon pun tak berapa nak angkat, jauh sekali membalas SMS kawan-kawan. Kalau sebelum ini Zizie tak pernah macam tu, akhir-akhir ini sudah makin berubah.

Bukan nak mengutuk, tetapi bagi Syed kalaulah benar macam itu, tak eloklah. Bukankah kawan tempat kita melabuh segala susah dan senang suatu masa dahulu, jadi tak eloklah kalau dilupakan terus.

Syed dapat rasakan yang tak semua khabar itu tidak betul. Ada juga teman di Pancaindera yang dulu begitu mudah mendapat kerjasama Zizie, sekarang bila telefon usahkan nak jawab, sms pun tak dibalas.

Tak tahulah, mungkin sibuk sangat dengan kerja sebagai suri rumah tangga kot. Tapi Syed fikir, takkan balas 5 patah perkataan cakap ‘maaf ya, saya sibuk sangat’ takda masa, betul tak?

Sempena raya yang masih meriah ni, apa kata kalau Zizie cuba telefon balik teman-teman yang berkali-kali hantar mesej, sejuk baliklah hati dia orang. Lagipun kita ni tengah dalam mood beraya, tak salah kalau call saling bertanya khabar atau lepas rindu dendam. Jangan nanti kawan-kawan fikir, kita ni mudah lupa diri. Jangan marah ya Zizie!

Syed : Kalau telefon tak jawab, cari di facebook, mesti jumpa.

Tiada ulasan: