Sabtu, 4 September 2010

Yaakab Sapari: Noh Omar Menteri yang berfikiran mundur

Yaakob bin Sapari

Saya menyifatkan Noh Omar selaku Menteri Pertanian dan Insdustri Asas Tani yang membuat dakwaan bahawa kenyataan saya berunsur fitnah menunjukkan beliau tidak profesional dan berfikiran mundur.

Memetik kenyataan Noh Omar (gambar kanan) yang tersiar dalam Sinar Harian 1 September 2010 secara jelas menyatakan bahawa beliau melarang pegawai-pegawai kerajaan daripada agensi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Malaysia (MARDI) dan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) menghadiri mesyuarat pembangunan STANCO atas alasan diperkudakan oleh Kerajaan Negeri.

Hakikatnya kerajaan negeri tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan agensi tersebut demi kepentingan petani. Malah, selama ini kerajaan negeri begitu konsisten bekerjasama dengan agensi-agensi tersebut.

Berhubung isu Terusan Freeder, walaupun projek itu telah dibincangkan sewaktu kerajaan negeri di bawah pemerintahan BN, namun projek itu dilaksanakan di bawah pemerintahan PR. Justeru, kerajaan negeri PR mempunyai hak untuk memantau projek itu.

Justeru, saya mendesak agar projek itu tidak dipolitikkan oleh Noh Omar. Saya juga bersedia menjemput beliau untuk berdialog mengenai isu ini.

*Kenyataan media oleh Yaakob bin Sapari selaku EXCO Permodenan Pertanian Pengurusan Sumber Alam & Pembangunan Usahawan, Selangor.

Tiada ulasan: