Jumaat, 3 September 2010

Video 'Nah' - Namewee disoal-siasat lagi

Joseph Sipalan

Artis kontroversial Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee sekali lagi diheret oleh pihak berkuasa - kali ini untuk berdepan dengan Suruhanjaya Komunkasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Penulis lirik lagu dan pembikin video itu diarahkan ke ibupejabat SKMM di Cyberjaya pada jam 12.30 tengahari tadi. Beliau masih belum meninggalkan bangunan berkenaan sehingga jam 4 petang tadi.

Pengurusnya, Fred Chong berkata dia tidak tahu apa yang disiasat oleh SKMM tetapi dipercayai berhubung dengan video terbaru kontroversinya yang berjudul "Nah!"

Ini kali kedua dalam seminggu, Namewee disoal berhubung video berkenaan. Kali pertama pada malam Merdeka, beliau terpaksa menghabiskan tiga jam di balai polis Taman Tun Dr Ismail untuk merakamkan kenyataannya.

Video itu yang telah dikeluarkan dari blognya adalah rakaman tiga minit lagu rap terbarunya yang menyentuh isu perkauman yang berlaku di Malaysia. Ia menggunakan bahasa yang dianggap sesetengah pihak, sebagai kasar.

Sasaran Namewee adalah dua pengetua di Kedah dan Johor yang didakwa telah menghambur kata-kata berbaur perkauman kepada pelajar bukan Melayu di sekolah mereka..

Tiada ulasan: