Rabu, 15 September 2010

Utusan cuba naikkan Tun M, pinggir Najib?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Ekoran menyokong Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), akhbar Utusan Malaysia terus menerima kritikan dari pemimpin Umno.

Kali ini Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz pula mempersoal agenda sebenar akhbar milik Umno itu yang didakwa cuba merendahkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan melebihkan penasihat NGO tersebut, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Utusan juga jelasnya seperti mempunyai agenda tersendiri apabila lebih menonjolkan Dr. Mahathir berbanding Najib.

"Saya tidak faham Utusan. Siapa bos mereka? Najib atau Dr Mahathir? Kadangkala saya tertanya adakah mereka ada agenda untuk membawa kkembali Dr Mahathir untuk menggantikan Najib," katanya dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider.

Menurutnya lagi, dengan mempromosikan kenyataan Dr. Mahathir yang menyokong perjuangan melampau Hak Melayu Perkasa itu bermakna Utusan secara jelas telah merendahkan gagasan 1Malaysia Najib.

Nazri turut meminta agar Utusan memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti itu dengan menyokong agenda 1Malaysia Najib seperti akhbar politik yamg lain.

"Jika kita lihat Harakah, mereka promosikan program PAS, Suara Keadilan promosikan PKR, The Star promosikan MCA, tetapi akhbar Umno sendiri, Utusan tidak menyokong bos mereka," katanya.

Semalam, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin membidas Utusan Malaysia menerusi twitternya.

Khairy menulis bahawa beliau "berpendapat akhbar tertentu itu perlu diingatkan siapa pemiliknya".

"Saya penyokong pembaharuan supaya akhbar lebih bebas dan bertanggungjawab tetapi dalam paradigma hari ini, saya tidak boleh menerima bentuk editorial akhbar tertentu," tulisnya.

Meskipun Khairy tidak menyebut sebarang nama, tetapi kenyataannya jelas ditujukan kepada Utusan.

Ketua pemuda Umno itu juga telah berulang-kali menegaskan bahawa Umno tidak bersekongkol dengan Perkasa dalam apa bentuk sekalipun.

Sejak seminggu lalu, beberapa pemimpin kanan Umno termasuk setiausaha agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, naib presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ahli majlis tertinggi, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mula menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Perkasa.

Mereka mendakwa pandangan melampau Perkasa berhubung hak dan dan keistimewaan Melayu akan meminggirkan sokongan bukan Melayu pada pilihan raya umum akan datang.

Utusan melalui beberapa artikelnya telah menyokong Perkasa dan rencana pengarangnya pada Ahad lalu menggesa Umno supaya memikirkan semula hubungan dengan NGO itu.

18 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Mahathir telah memimpin negara selama 22 tahun, ini masanya dia berehat dan serahkan segalanya kepada pemimpin baru, iaitu Najib.

Tanpa Nama berkata...

bagi saya kenyataan pengarang menggesa Umno supaya memikirkan semula hubungan dengan PERKASA, bukan bermaksud utusan menyebelahi NGO itu. anggaplah itu hanya pandangan dari Utusan yang tidak akan memberi kesan langsung kepada perjalanan politik umno. sebaik2nya pihak yang terlibat dalam konflik ini tidak perlu memanjangkan hal ini sehingga boleh memberi ruang kepada PR menyerang kerajaan umno/BN.

Hamdan Hadillah berkata...

Mantan PM Dr M tidak perlulah untuk beraksi dalam politik lagi. Biarkanlah berehat dengan jasa beliau selama 22tahun itu. Apa yang pentind disini. Utusan haruslah memberikan berita yang tertentu dan perlu saja.

mandau berkata...

mahathir dalah lama memerintah, beliau harus berehat, tk pelru nak terlibat dalam politik, namun beliau juga boleh memberi pendapat jika perlu.

Unknown berkata...

saya pelik juga jika sesuatu akhbar tu pro kepada individu tertentu...apa fungsi sebenar akhbar jika ia tidak mempamerkan kebenaran?

Unknown berkata...

spekulasi cuma spekulasi tentang Tun M dan Najib...dan adakah KJ tahu benar tentang isu tersebut? sehingga beliau membidas dengan twitternya?

mike berkata...

perjuangan melampau PERKASA mengugat keharmonian antara kaum di malaysia..atas sebab itu UMNO menolak badan NGO itu yang dilihat merosakkan hubungan serta sokongan kaum Melayu kepada UMNO..

mike berkata...

Dr. mahathir tidak seharusnya mengganggu pentadbiran negara..beliau sebagai seorang negarawan patut tahu bahawa perjuangan melampau PERKASA hanya membawa kepada keburukkan..

Jason berkata...

Don't get me wrong, I like Dr. Mahathir. He's great and all but... I seriously think he should take a permanent rest from the political scene.

mike berkata...

PERKASA kerap kali mempersoalkan isu perkauman dan boleh dikatakan menghasut...mengapa tidak dikenakan sahaja tindakan ISA kepada mereka yang mempersoalkan isu perkauman ini? keharmonian negara adalah lebih penting dari membela mereka ini yang seperti gunting dalam lipatan.

Paquin berkata...

True Jason. He's great, tapi rasanya dia patut berehat lah. Bagi peluang dgn org lain lagi bah:p hehe

Paquin berkata...

Apapun saya harap keadaan ni takkan merosakkan hubungan baik Dr M dan PM kita. Bagi saya media haruslah neutral dan jangan terlalu pro kepada mana2 pihak - nanti bias pula.

kb girl berkata...

Pendirian UMNO masih tidak jelas kerana orang no 2 parti dan ramai lagi belum tampil mengulas.

Unknown berkata...

Utusan mudah lupa. Sampai lupa siapa tuan nya.

Unknown berkata...

Utusan terlalu dekat dengan Tun M dan telah dijangkiti penyakit mudah lupa sehingga lupa siapa boss dia.

Unknown berkata...

Tun M sudah tua dan sudah bersara. Biarlah dia berehat. Jangan lagi melibatkan beliau dalam politik lagi.

captain berkata...

Rakyat harus menyokong PM supaya mencapai misinya supaya negara dapat mencapai negara status maju dan berpendapatan tinggi.

Unknown berkata...

Jangan pandang rendah kuasa peringkat akar umbi. Media cuma memainkan peranan sebagai pemberi maklumat yang tepat, telus dan adil.