Isnin, 13 September 2010

UMNO HANYA MAHU TUMBANGKAN KERAJAAN PBS?

Oleh: MAIL MATTHEW (sabahkini)

KEGEMILANGAN kerajaan USNO suatu ketika dahulu masih segar dalam ingatan para pengikutnya di seluruh negeri Sabah, malah rata-rata menyatakan hasrat mereka untuk terus berada dalam USNO meskipun pun ia telah terkubur sekian lama dan tidak dapat dipulihkan pendaftarannya oleh ROS, walaupun beberapa usaha telah dilakukan sebelum ini.

Demikian dinyatakan pemimpin veteran yang juga mantan Naib Presiden USNO Datuk Haji Karim Ghani ketika dihubungi pada pagi Jumaat bersamaan 1 Syawal Hari Raya Adilifitri pertama melalui talian bimbitnya 012-8679263.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Negara (Senator) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah seterusnya berkata, adalah dipercayai bahawa kira-kira lebih 50 peratus bekas ahli USNO yang menyertai UMNO tetapi bertindak keluar dan menyertai beberapa pemimpin lain untuk menghidupkan USNO setelah mereka melihat kelibat UMNO sudah lari menyimpang jauh dari matlamat asalnya.

“Jadi, dalam keadaan sebegini, kita tidak tahu apa akan terjadi sekiranya lebih 50 peratus bekas ahli-ahli USNO menentang UMNO dalam pilihanraya akan datang ini jika tiada usaha untuk membetulkan keadaan ini. Sebab itu saya paparkan nombor telefon bimbit untuk mendapatkan respon daripada bekas-bekas ahli USNO di seluruh Sabah tentang ketidak sokongan mereka terhadap UMNO sebelum saya membuat laporan kepada pihak pusat,” tegas beliau.

Tegasnya lagi, para penyokong USNO yang enggan menyokong UMNO berada dalam keadaan tersepit yang boleh disifatkan mereka kini berada di persimpangan pergentingan jalan yang sukar untuk diputuskan arah mana jalan yang harus dituju untuk dilalui. Mereka (penyokong USNO) merasa amat kecewa kerana beberapa usaha menghidupkan semula USNO telah ditolak oleh ROS termasuklah penubuhan Kelab USNO.

Datuk Karim ketika menyingkap bermulanya kemalapan sokongan rakyat terhadap USNO dapat dibuktikan dalam pilihanraya umum bermula pada tahun 1976 kerana USNO sekadar meraih kemenangan dalam 20 kawasan DUN; tahun 1981 3 DUN dan tahun 1985 12 DUN. Hasil keputusan 3 penggal pilihanraya umum ketika itu, ternyata sokongan rakyat terhadap USNO sudah terus menerus menurun malah tidak mempunyai harapan langsung untuk berkuasa semula di Sabah.

Senario politik di Sabah terus berkocak apabila PBS yang berkuasa menerajui kerajaan di Sabah ketika itu bertindak keluar dari gagasan BN sekitar tahun 1990-an memaksa kehadiran UMNO datang ke Sabah setelah Allahyarham Tun Mustapha ketika itu Presiden USNO memikirkan bahawa USNO tidak mampu menumbangkan kerajaan PBS, pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang terlalu kuat pada ketika itu.

“Allahyarham Tun Mustapha terpaksa mengorbankan kesetiaannya kepada USNO yang terpaksa dibubarkan untuk memberi laluan kepada UMNO, namun perjuangan UMNO bersama BN juga tidak dapat menggugat PBS pada PRU 1994. Bagaimanapun selepas beberapa Adun PBS menyertai UMNO dan BN barulah kerajaan BN di Sabah terwujud selepas beberapa bulan dalam tahun 1994,” tegas Datuk Karim.

“Kita jemput UMNO ke Sabah bukan kerana apa, tetapi kita mahu menumbangkan kerajaan PBS itu sahaja. Tetapi di sebalik itu kita tidak pula menjangka kelibat UMNO selepas beberapa tahun kebelakangan ini sehingga berlaku ramai bilangan ahli bekas USNO berpaling tadah keluar dari UMNO. So…ini yang kita mahu selidiki,” tambah beliau lagi.

Ketika ditanya peranan beliau ketika membentangkan satu kertas kerja pembentukan Malaysia sekitar tahun 1962 anjuran CiGMa sebuah badan NGO yang turut dihadiri mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Simon Sipaun seolah-olah tidak merestui pemesongan Persekutuan tentang sejarah pembentukkan Malaysia beliau berkata:

“Kita huraikan apa yang sebenar-benarnya berlaku pada ketika itu, khususnya kaedah pembentukan Malaysia daripada tiga wilayah Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak (Singapura menarik diri kemudiannya pada tahun 1965). So, buat apa kita berbohong untuk lari daripada fakta asalnya,” tegas beliau.


19 ulasan:

samm berkata...

ini cerita dulu..yang penting sekarang ni semua kenalah bersatu membangunkan negeri Sabah.

Anak Sabah berkata...

Bukankah Usno dah lama disingkirkan?

Hosie Masie berkata...

apa yang penting sekarang ini kita telah menjadi sebuah negeri yang dalam pembangunan. UMNO dan PBS bersatu lebih mudah untuk membentuk Sabah dan membantu rakyatnya.

Tanpa Nama berkata...

senario politik terdahulu harus dijadikan iktibar untuk membina politik yang lebih baik.

Tanpa Nama berkata...

semuanya hanya tinggal sejarah. yang penting sekarang, mana2 parti yang berjaya membentuk kerajaan wajar mempertahankan kedudukan itu dan teruskan perjuangan membela nasib/hak rakyat dan negara. Parti yang telah lama berkubur tidak perlu dihidupkan semula dan tidak perlu mencipta parti baru di Sabah kerana semua itu hanya memburukkan keadaan.

Hamdan Hadillah berkata...

Apa pun itu sebagai satu pengajaran kepada UMNO dahulu dengan peyimpangan yang jauh dari matlamat asalnya. Apa yang penting sekarang, apa yang tidak betul dan tindakkan salah haruslah ditegur sebagai ahli parti memang tidak salah itu untuk membetulkan kelemahan yang kita ada. Oleh itu berkerjasamalah untuk menjadi yang terbaik untuk rakyat.

madd berkata...

fokuskan ke depan. UMNO dan PBS perlu terus bersatu untuk membangunkan negeri Sabah dan warganya.

Tanpa Nama berkata...

ini adalah cerita lama, kini UNMO dan PBS telah bersatu di bawah parti BN.

Bi berkata...

Jika diteliti secara dekat, sikap UMNO dab USNO tidak ada bezanya. Yang menjadi mangsa adalah PBS. Tapi tidak apa USNO suda mendapat mengajaran kejap lagi geliran UMNO...

Unknown berkata...

yang sudah-sudah tentang kemelut politik di Sabah haruslah dijadikan panduan dan nasihat dalam memantapkan lagi kerajaan yang sedia ada. kenapa perlu mengungkit hal-hal lama yang hanya boleh merosakkan perpaduan sesama ahli-ahli atau parti-parti politik?

Unknown berkata...

apa sebenarnya cuba disampaikan oleh penulis artikel ini? sengaja menimbulkan kemarahan? atau cuba untuk memberitahu sesuatu yang telah terlepas pandang oleh rakyat?

Unknown berkata...

lebih baik kita pandang ke hadapan dan bukan berbalik kepada sejarah lampau yang penuh konflik dan menyakitkan hati..

langsat berkata...

Terus berpandangan kehadapan. USNO ini sudah lama tiada...kalau ada pun biasa saja tu...

langsat berkata...

Ada baiknya bersatu untuk membangunkan negeri ini dan terus maju dan berjaya melangkah kehadapan

Tanpa Nama berkata...

yang berlalu biarkan berlalu, rakyat Sabah mempunyai pengalaman dan sejarah menjatuhkan mana2 parti yang disifatkan tidak lagi releven. ini membuktikan Sabah antara negeri yang mengamalkan demokrasi tulen. parti yang berjaya membentuk kerajaan sekarang perlu lebih berhati2 dan lakukan tanggungjawab seperti yang dituntut oleh rakyat.

mike berkata...

mengapa sekarang baru nak buat benda ini? tiba2 sahaja isu ini disensasikan..

mike berkata...

USNO sudah lama 'berkubur' dari politik sabah..tidak perlu lagi USNO cuba2 untuk melibatkan diri dalam politik sabah..rakyat sabah tidak percaya sudah dengan USNO...terbukti dengan kekalahan USNO pada pilihanraya di mana PBS muncul sebagai sebuah parti yang kuat.

mike berkata...

apa yang berlalu kini tinggal sejarah...apa yang salah harus dijadikan sebagai tauladan..

mike berkata...

diharapkan bekas ahli2 USNO tidak akan memburukkan lagi keadaan senario politik sabah..apa yang lepas tidak harus diisukan kerana BN kini lebih terbuka..