Jumaat, 24 September 2010

Tuduhan khianat: Lima pelajar UM dibebaskan

THE MALAYSIAN INSIDER


Dinding dewan Akademi Pengajian Islam diconteng sebelum lawatan Rosmah Jun tahun lalu. — gambar fail

KUALA LUMPUR— Kesemua lima pelajar Universiti Malaya yang berhadapan dengan tuduhan khianat membakar fakulti pusat pengajian tinggi itu tahun lalu bebas tuduhan hari ini.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mendapati tiada prima facie dalam tuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan pelajar-pelajar terbabit Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli yang dituduh melakukan jenayah di bawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan dibebaskan.

Perbuatan pelajar-pelajar itu dikaitkan dengan contengan perkataan-perkataan “C4”, “bini puaka” dan “pembunuh Altantuya” di dinding dewan Akademi Pengajian Islam sebelum kedatangan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor Jun tahun lalu.

Tiada ulasan: