Khamis, 2 September 2010

Timbalan Ketua Menteri Sabah letak jawatan, keluar parti

1 sabah deputy chief minister peter pang_250_220 FREE MALAYSIA TODAY

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin hari ini keluar dari Parti Liberal Demokratik (LDP) dan meletakkan semua jawatan dalam parti itu termasuk sebagai naib presiden berkuat kuasa serta-merta.

Tindakan itu dibuat kerana LDP menolak sebarang kerjasama dengan pengerusi BN negeri yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

“Saya faham keputusan ini akan mempengaruhi kedudukan di dalam kerajaan dan dengan ini, saya menawarkan untuk meletak jawatan daripada jawatan sedia ada dan berjanji untuk meneruskan khidmat di bawah kerajaan BN pimpinan Musa,” katanya

`Malah kebelakangan ini juga timbul khabar angin parti komponen itu akan meninggalkan BN berpunca pergeseran antara Musa dengan beberapa pemimpin parti itu.

Sebelum ini, timbalan presiden LDP, Chin Su Phin dilaporkan berkata parti itu tidak lagi boleh bekerjasama dengan Musa tetapi tetap setia kepada BN.

Berikutan kenyataan Chin itu, timbalan pengerusi perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said berkata LDP bersekongkol dengan pihak tertentu bagi menumbangkan Musa tetapi dinafikan Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Pang keluar LDP kerana mahu menyertai Parti Gerakan. Katanya,

Pang walaupun keluar BN tetapi masih menjadi "keluarga BN".

15 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Datuk Pang meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan tindakan LDP yang enggan bekerjasama dengan KM.

mantra berkata...

perletakan jawatan oleh Datuk Peter Pang En Yin hari Parti Liberal Demokratik (LDP) adalah kerana ia tidak bersetuju dgn tindakan LDP yabg enggan bekerjasama dgn Musa Aman. ini menunjukkan bahawa Musa Aman masih lagi mendapat sokongan penuh daripada pemimpin2 BN lain.

Sanih Alias berkata...

Walaupun apa pun berlaku Datuk Peter Pang En Yin akan tetap berkhidmat untuk Datuk Musa, dan BN sekiranya meletakkan jawatan dan keluar parti sekali pun beliau tetap akan berkhidmat. Kerana Beliau tetap ahli keluarga untuk BN. Beliau tetap akan menyokong datuk Musa. Sebagai Parti LDP memang beliau kecewa dengan kenyataan Chin Su Phin yang mengatakan tidak dapat berkerja dengan datuk Musa Aman.

Leo berkata...

Seems like Musa Aman does have lot of supporters.

Unknown berkata...

I think besides Peter, other LDP members also disagree with Chin Su Phin statement. I guess time will tell.

Tanpa Nama berkata...

tindakan D. pang adalah kerana tidak bersetuju dengan tindakan LDP. ini juga menunjukan keyakinan beliau tehadap kepimpinan D. Musa sebagai KM Sabah.

2718 berkata...

keputusan yang dibuat oleh Chin bukan atas persetujuan keseluruhan parti LDP. Chin patut sedar bahawa tindakan beliau boleh menjejaskan reputasi BN di Sabah dan beliau sepatutnya berkerjasama menyelesaikan masalah2 yang di hadapi oleh rakyat Sabah.

2718 berkata...

saya harap konflik ini tidak berterusan lebih lama kerana masih banyak masalah2 rakyat yang perlu diselesaikan. dalam kegairahan semua parti di Malaysia menghadapi PRU13, konflik seperti ini tidak patut berlaku, lebih2 lagi sebagai sebuah parti yang berjaya membentuk kerajaan.

Unknown berkata...

Masalah ini selesaikanlah cepat, kerana ini akan melemahkan sesebuah parti itu. Berkerjasama dan cuba untuk menyelesaikan apa saja masalah yang dihadapi. Harap LDP boleh berkerja sama dengan Datuk Musa Aman dalam pentadbiran Kerajaan Sabah.

Tanpa Nama berkata...

dari hal ini kita dapat lihat, bahawa tidak semua ahli2 LDP setuju dgn pendirian LDP untuk tidak mau bekerjasama lagi dgn Musa Aman. Musa Aman tetap mendapat sokongan daripada pemimpin2 lain. LDP seharusnya bekerjasama semula dgn KM Sabah dalam membentuk jentera BN yang kukuh di Sabah.

Paquin berkata...

Betul Jonny. Komen yang paling ringkas, tepat dan padat!!!!

Paquin berkata...

Takda yang menghairan pun dalam hal ni. Bagi saya tindakan Pang suatu yang berani dan jelas menggambarkan beliau seorang yang berpendirian tetap dan fokus kepada kerjasama.

Paquin berkata...

Paling tidak pun kita tahu bukan semua ahli LDP yang tidak mahu bekerjasama dengan CM kita. Mungkin si Chin saja bah ni yang mahu minta perhatian. hihihi

Paquin berkata...

Sokong 2718. Konflik ni tidak patut timbul dan saya harap LDP (terutamanya si Chin) menyedari kesan -ve yang timbul akibat bercakap sesedap mulut.

Paquin berkata...

Ketegangan yang timbul ini harus ditanggani secepat mungkin dan fokuslah kepada keperluan rakyat. Jangan kerana hal ni keperluan rakyat terabai.