Rabu, 15 September 2010

Telok Kemang: Adun lawan MP

FREE MALAYSIA TODAY

kamarul-bahrin-abbas2 TELOK KEMANG: Jawatan ketua cabang Teluk Kemang menyaksikan saingan satu lawan satu membabitkan Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrin Abas dan Adun Port Dickson M Ravi.

Kamarul walaupun ahli parlimen Telok Kemang tetapi tidak mempunyai jawatan di cabang itu. Beliau baru pindah ke Telok Kemang pada bulan Jun lalu. Sebelum ini bekas setiausaha agung PKR menetap di Batu Caves, Selangor.

Ravi pula memangku jawatan ketua cabang Telok Kemang sejak dua tahun lalu dan juga ketua ranting Tanjung Gemok.

Ketika dihubungi Ravi berkata, " sudah tiba saya menjadi ketua cabang kerana saya merupakan antara orang paling awal mengasaskan parti ini."

"Empat orang lagi yang sama-sama menubuhkan PKN (Parti Keadilan Nasional) pada 1998 semuanya sudah menjadi ketua cabang.

"Saya juga merupakan anak jadi Telok Kemang. Jadi saya tahu keadaan parti di sini, apatah lagi mejadi pemangku sejak dua tahun lalu."

Menurut Ravi, beliau mendapat sokongan sebahagian besar ahli PKR Telok Kemang yang berjumlah hampir 2,500 orang.

Daripada jumlah, ahli Melayu 900, India 1,200 dan Cina 350 orang dari 15 ranting (cawangan).

"Pecahannya begini. Saya akan mendapat undi Melayu sebanyak 70 peratus. India (80 peratus) dan Cina (50 peratus).

"Mereka semua yang meminta saya bertanding ketua cabang kerana mereka tahu saya ahli politik sepenuh masa," katanya lagi.

Ravi juga mendakwa, beliau terkejut Kamarul bertanding ketua cabang Telok Kemang kerana ahli parlimen sendiri memberitahunya tidak mahu bertanding.

Katanya, Kamarul dari awal tahu beliau mahu menjadi ketua cabang Telok Kemang.

"Tetapi bila dia mahu bertanding ketua cabang saya terkejut. Dia lawan saya, bukan saya lawan dia," kata Ravi berseloroh.

Tiada ulasan: