Ahad, 12 September 2010

Tajudin Ramli Perompak Dan Mufliskan MAS


Malaysia-Today tanpa telah menyiarkan rencana dan dokumen-dokumen yang memperincikan salahlaku Tajudin Ramli (foto) di MAS. Beliau dituduh merompak jutaan ringgit dan hampir memufliskan syarikat penerbangan nasional itu.

Penyelewengan itu menyebabkan syarikat itu menanggung kerugian RM8 bilion ringgit dan perlu diselamatkan oleh Kerajaan yang memberi pada harga ia dijual, tanpa mengira kerugian yang ditanggung. Manakala, anggota polis yang bertanggungjawab membongkar penyelewengan itu, Dato Ramli Yusoff, diheret ke mahkamah menghadapi pelbagai tuduhan-tuduhan yang meragukan.

Raja Petra meneruskan kempen beliau dan mengelurkan rencana pada 8 September mendakwa Tajudin diberi kekebalan oleh UMNO dengan sokongan mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Menurut Raja Petra, beliau telah dikunjungi peguam Tajudin di London, yang memaklumkan bahawa hartawan itu sekadar boneka UMNO dalam urusan itu, dan Umno “bukan sahaja perlu melindungi Tajudin dari didakwa, tetapi juga perlu memastikan kerajaan membeli semula saham-saham di MAS pada harga yang sama dijual kepada Tajudin, meskipun nilainya telah jatuh dari nilai sebenar”, katanya.

Tiada ulasan: