Selasa, 7 September 2010

Syed Husin: Tiada "hak istimewa Melayu" dalam Perlembagaan

Syed Husin Ali

Sekurang-kurangnya tiga orang menteri kanan, termasuk Perdana Menteri Najib Razak telah menegur atau mengecam pandangan yang dikemukakan serta cabaran yang dibuat oleh Nurul Izzah terhadap pemimpin PERKASA.

Nyata sekali pandangan serta cabaran anggota Parlimen Lembah Pantai (Nurul Izzah, gambar kiri) itu menyengat dan mengena tepat pada sasaran.

Pendirian ketiga-tiga menteri itu membuktikan dengan jelas bahawa pucuk pimpinan UMNO hanya bercakap tentang 1Malaysia, akan tetapi pada hakikatnya berkongsi pendapat dengan golongan perkauman sempit Melayu.

Sangat tepat pandangan Nurul Izzah bahawa frasa "hak istimewa" Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan; yang wujud hanya "kedudukan istimewa". Begitu jugalah tidak terdapat slogan "ketuanan Melayu" dalam Perlembagaan.

Mana-mana perlembagaan negara bukannya seperti al-Quran ciptaan Allah yang tidak boleh diubah oleh manusia. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda lebih 40 kali.

Namun begitu Nurul Izzah, selari dengan pendirian yang diambil oleh KEADILAN serta juga PAKATAN mendukung seluruh semangat Perlembagaan Persekutuan seperti yang wujud kini, termasuk fasal-fasal yang mengenai kedudukan Islam, Sultan serta Bahasa Melayu, dan juga kedudukan istimewa Melayu asalkan ia tidak disalahguna untuk memuaskan kerakusan golongan berkuasa yang memang sudah istimewa.

*Kenyataan media oleh Syed Husin Ali selaku Timbalan Presiden PKR.

13 ulasan:

joey berkata...

pekara seperti ini tidak perlulah dipersoalkan. fokuskan lah kepada isu-isu rakyat, itu lebih baik..

Tanpa Nama berkata...

rakyat khususnya kaum2 lain perlu sama2 menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara2 yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut. sesiapa yang mahu menghapuskan atau meminda Perkara 153 pula, perlu mendapatkan persetujuan orang Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu selain majoriti di Parlimen dan perkenan Seri Paduka Baginda. Kalau Perkara 153 perlu dipinda atau dihapuskan, keseluruhan orang Melayu mesti setuju, kalau orang Melayu rasa belum sedia untuk pinda, maka ia tidak boleh dipinda. Oleh itu, hak istimewa Melayu dalam Perlembagaan tidak patut dipersoalkan kerana ia atas persetujuan semua pihak.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan mesti meneliti kenyataan Nurul Izzah sama ada ia boleh disabitkan dengan Akta Hasutan, jika ya, maka beliau boleh didakwa..

Tanpa Nama berkata...

kenapa hak seperti ini nak dibangkit dan dipersoalkan, jgnlah nk mencetuskan lagi perasaan tidak puas hati antara kaum di negara kita.

Unknown berkata...

Sila fokus kepada pembangunan negara daripada isu frasa kata 'hak isitimewa' dan 'kedudukan istimewa'. Adalah lebih baik jika semua kaum dilayan sama rata daripada hanya 1 kaum di 'istimewa'kan.

Anak Sabah berkata...

Pertikaian hak istimewa Melayu ini pasti akan menimbulkan ketegangan sesetengah warga Melayu di negara kita.

Bujang Senang berkata...

Kenapa Nurul Izzah mahu membangkitkan isu perkauman untuk melayu. Semua orang akan mempunyai hak dalam 1Malaysia. Bukan melayu saja, tapi Dusun, kadazan, Murut, Cina India dan pelbagai kaum dan bangsa. Mereka ada untuk 1 Malaysia.

madd berkata...

isu seperti ini tidak perlulah dibangkitkan. berhati-hatilah dalam mengeluarkan kenyataan agar tiada pihak yang tidak berpuas hati.

2718 berkata...

Ia seperti ideologi asing yang dicetuskan di Singapura pada sekitar 1963-1964 yang ingin memecahkan Malaysia, seluruh rakyat harus menentang dan tidak terpengaruh dengan sebarang gerakan, tindakan atau kenyataan yang boleh menyebabkan pergolakan rakyat. kaum lain telah diintegrasikan sebagai warga negara melalui undang2, maka semua yang menjadi warga negara atau rakyat mesti patuh pada undang2 dalam Perlembagaan.

Antanum berkata...

Apa yang ingin disampaikan oleh beliau? Tidak ada hak melayu dalam perlembagaan? saya tidak tahu bagaimana anda melihat keadaan di Malaysia tetapi dari mata pandangan saya, hak istimewa melayu masih lagi terpelihara yang mana mengundang kepada rasa tidak puas hati sesetengah pihak yang berpendapat bahawa suda tiba masanya untuk hak itu dikongsikan kepada semua, kerana suda sekian lama, semua kaum bersama2 meningkatkan imej negara dari pelbagai segi dan bidang. Tapi itu terpulang kepada orang2 melayu untuk bertoleransi dengan kaum lain, kerana sumbangan juga terdiri dari kaum lain.

Paquin berkata...

Perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan tak perlulah dipersoalkan bah. Bikin pening kepala saja.

Paquin berkata...

Saya yakin kaum lain sedar akan perkara ni dan telah menerima keadaan ini sejak sekian lama. Cuma bagi saya ada segelintir pihak yang cuba menimbulkan propaganda utk kepentingan sendiri.. Sekarangkan 1Malaysia, tu la pasal ada pihak yang mahu putar belitkan keadaan.. huhuhu

POP berkata...

Apa boleh dikatakan? Memang susah untuk dipersoalkan.