Khamis, 23 September 2010

SSM kunjungi penyumbang 'cek RM4 bilion'

Fardilla Din

KOTA BHARU : Pejabat urusan I'Da World Group Sdn Bhd mendapat kunjungan dari dua orang pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini.

Memetik dari Malaysia Kini, kunjungan pegawai yang difahamkan dari bahagian pematuhan suruhanjaya itu adalah untuk memeriksa status syarikat berkenaan.

Pegawai berkenaan juga turut merakam beberapa keeping gambar di ruang dalaman pejabat syarikat yang terletak di Kelana Jaya itu.

Kedua-dua pegawai tersebut juga turut menemui Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan Mohamad Sobri Din.

Nama I'DA World Group Sdn Bhd mula mencuri tumpuan media dan orang ramai apabila dikatakan bermurah hati untuk menderma sebanyak RM4 bilion kepada PAS Kelantan.

Replika Cek itu diterima oleh adik menteri besar Kelantan, Nik Din Nik Mat pada Ahad lalu.

Kedua-dua pegawai SSM tersebut keluar dari pejabat berkenaan kira-kira 40 minit kemudian tanpa bercakap kepada pemberita.

Mohamad Sobri ketika ditemui selepas itu berkata, beliau tidak diberitahu pemeriksaan itu dibuat mengikut seksyen mana.

Tambahnya, pegawai berkenaan juga tidak mengambil sebarang dokumen daripada pejabat tersebut.

Tiada ulasan: