Khamis, 23 September 2010

SKANDAL SEKS VVIP SABAH?

Oleh: MIDAH LADFA

MENJELANG pilihanraya umum Ke-13, Sabah akan menjadi medan pembongkaran Skandal Seks para pemimpin UMNO, terutama melibatkan beberapa VVIP yang sedang hangat dijaja di kedai kopi hingga di lobi parlimen dan pejabat Perdana Menteri.

Seorang menteri Kabinet Persekutuan yang mempunyai anak luar nikah dan terpaksa mengahwinkan wanita yang dihamilinya dengan adik kandungnya bagi menutup Skandal Seksnya dikhabarkan mempunyai satu lagi skandal yang baru.

Namun seorang VVIP tidak kurang hebatnya kerana walaupun beragama Islam, namun mempunyai anak luar nikah dengan seorang wanita serani bernama Benebin Peter yang kini menetap di London.

Benebin merupakan anak seorang bekas Pengurus Besar sebuah syarikat yang ada hubung kait dengan bekas Ketua Menteri Sabah iaitu Bintang Baru kini mempunyai suami, namun masih berhubungan dengan VVIP tersebut.

Anak perempuan hasil hubungan sulit VVIP berkenaan dikhabarkan sudah mengetahui bahawa suami ibunya bukanlah bapa biologinya dan sedang mencari ayahnya yang juga VVIP berkenaan yang turut dikhabarkan mempunyai tiga orang isteri dan lima gundik lain.

Salah seorang gundiknya akan dilantik menjawat jawatan tertinggi sebuah organisasi penting kini kurang senang mendengar perkembangan terbaru tersebut kerana VVIP berkenaan tidak mengaku menjalinkan hubungan dengan bekas Setiausahanya sehingga memperolehi dua orang anak dan kini terpaksa menetap di luar negara.

Nantikan berita gempar dari London!

20 ulasan:

POP berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
POP berkata...

I can't believe it. The leaders should not be the role model for this. Better do the investigation quickly. Hope rumors will not be too widespread.

Paquin berkata...

hahahahha... makin advance pula gosip sekarang ni. hihihi

Paquin berkata...

Susah nak percaya hal ni. Setakat main teka2 ja tanpa bukti kukuh rasanya siapa2 pun boleh buat. hehe

Paquin berkata...

Tapi rasanya bagus juga la siasat perkara ni. Jangan biarkan saja nanti makin teruk pula andaian orang.

Paquin berkata...

Semoga dakwaan ni tak benar. Memalukan saja.. huhuhu. Memanglah hal peribadi tapi kalau boleh elakkan daripada berlaku hal seperti ni..

Paquin berkata...

Apapun tunggu dan lihat saja hasil apa akan berlaku nanti. Saya yakin pihak2 berkaitan pasti akan siasat dan mendedahkan kebenaran :)

Unknown berkata...

Memang susah jika menjadi org2 ternama, ada saja gosip yang menimpa. Namun tidak mustahil juga, jika ia bukan gosip semata-mata. Kehidupan personal seseorang tidak seharusnya dicampur-adukkan dengan kerjayanya.

2718 berkata...

menjelang pilihanraya umum Ke-13, Sabah akan menjadi medan perang antara para pemimpin UMNO dan parti2 pembangkang. kita bakal menyaksikan lebih banyak isu2 hangat yang akan dijaja di kedai2 kopi, media2 hingga di lobi parlimen oleh pihak pembangkang... semua pembuat2 isu itu boleh dipertikaikan tahap kewarasan mereka kerana kegairahan mereka untuk menang pilihan raya menyebabkan berlakunya ketidakjujuran dan ketidaktelusan dalam penyediaan maklumat yang bernas untuk santapan rakyat..

Tanpa Nama berkata...

siapalah VVIP yang dimaksudkan ni? tp cerita mcm ni tak boleh dipercayai sangat, bila dah jadi VVIP, macam2lah kabar angin yng timbul ni.

Hosie Masie berkata...

Bukan artis saja ada cerita hangat, tapi orang politik ini pun apa kurangnya. lebih hangat dari artis.

Hosie Masie berkata...

Saya rasa siasatan yang perlu terlebih dahulu untuk memastikan apa yang dikatakan itu betul. Sekiranya betul ambillah tindakan dalam undang-undang syariah.

Anak Sabah berkata...

Kita tunggu saja bukti-bukti baru, jika ada.

azman berkata...

entah betul atau tidak apa yang dikatakan. kalau ada bukti barulah pekara ini dianggap benar, jika tiada bukti dianggap gosip sajalah.

Unknown berkata...

This is a hot hot news! Even politicians are being gossip about. Mcm celebrity pula kan.

amy berkata...

Bukan pertama kali gosip begini.. Ada juga yang memang telah disahihkan kebenaran gosipnya namun masih terus memimpin negara...

Tanpa Nama berkata...

kalau cerita dan kaba angin mengenai VVIP, bukanlah perkara baru, kita pandai2 lah nak menilai sendiri.

Unknown berkata...

Cerita berkenaan dengan skandal sek memang mudah menarik perhatian.
Siapa agaknya vvip yang dikatakan terlibat dalam skandal sek ini?

captain berkata...

Siapa agaknya vvip ini? Bilakah namanya akan didedahkan?
Pasti mengempar jika nama vvip itu diumumkan

Unknown berkata...

Gossip Hollywood pun kalah dibanding dengan blog ini.
VVIP Sabah terlibat dalam skandal seks? Siapa dapat membuktikan?