Rabu, 15 September 2010

Siasatan Kes Pembunuhan Sosilawati Perlu Diberi Keutamaan - Puteri Umno

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Puteri Umno hari ini meminta siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya diberi keutamaan supaya semua tertuduh dapat dihadapkan ke mahkamah dengan segera.

Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata bukan saja jenayah yang dilakukan tertuduh ke atas semua mangsa itu begitu kejam malah suspek utama sebelum ini dipercayai pernah terlibat dalam beberapa kes bunuh.

Justeru, pihak Peguam Negara diminta menyegerakan pendakwaan terhadap semua tertuduh dan memohon tarikh awal perbicaraan kes ditetapkan secepatnya bagi memastikan mereka yang bersalah akan menerima hukuman setimpal, katanya.

"Puteri Umno turut merakamkan rasa sedih dan simpati serta mengutuk jenayah tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh kumpulan penjenayah tersebut yang dipercayai didalangi seorang peguam bergelar Datuk," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Pada Ahad, polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat di Kuala Langat.

Rosnah berkata dengan menyegerakan siasatan dapat mengelakkan 'justice delays justice denied' di pihak keluarga semua mangsa yang terpaksa menanggung penderitaan mental kerana kehilangan orang tersayang dalam keadaan menyayat hati.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, Rosnah berkata Puteri Umno juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana kecekapan mereka dalam mengendalikan kes ini.

22 ulasan:

azman berkata...

semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera. semua pihak mengutuk perbuatan kejam yang telah berlaku..

mandau berkata...

kes pembunuhab ini mat kejam, harap kesi ini akan selesai secepat mungkin dan pembunuh akan dibawa ke muka pengadilan.

Unknown berkata...

memang betul bahawa kes pembunuhan Sosilawati patut diberi keutamaan agar suspek dapat dihadapkan ke muka pengadilan segera! pembunuhan kejam seperti ini tidak dapat diterima akal fikiran dalam masyarakat negara ini!

Unknown berkata...

segera kes pembunuhan kejam ini! si pembunuh harus dihukum setimpal di dunia dan akhirat

mike berkata...

kes pembunuhan ini amat kejam..tidak sangka ada manusia yang tidak berhati perut..mereka yang bersalah harus dijatuhkan hukuman berat seperti yang diperuntukkan dalam undang2 negara..

mike berkata...

takziah diucapkan kepada keluarga mangsa...semoga apa yang berlaku diredahi dengan doa..

Unknown berkata...

Sungguh tidak berperikemanusiaan perbuatan penjenayah tersebut. Pastikan mereka dihukum setimpal dengan kesalahan mereka. Jangan biarkan mereka terlepas begitu sahaja hanya kerana mereka ada gelaran "datuk".

Kurt berkata...

My condolence to the victim's family. Do not delay this case. Justice needs to be served already, dammit!

Unknown berkata...

Kes ini telah memberikan impak yang besar terhadap Malaysia. Innocent people are drag to be killed by a monster.

Tanpa Nama berkata...

memang kes ini wajar diberi keutamaan. tidak perlu ada unsur2 politik dan jangan ada pihak yang campur tangan dalam kes ini terutamanya ahli2 politik kerana dikhuatiri akan merumitkan keadaan. biar pihak polis sahaja yang melakukan tugas ini.

Sanih Alias berkata...

Ini sungguh memalukan Malaysia dengan berlakukan pembunuhan yang begitu kejam. Polis perlu menyelesaikan kes ini sehingga tertangkapnya penjenayah tersebut. Jangan sampai terlepas.

Antanum berkata...

Semetinya kerana ini adalah jenayah yang sangat berat dan jika tidak dibendung dengan segera ini akan mendatangkan impak yang sangat terus d masa akan datang..

Bujang Senang berkata...

Memang polis telah melakukan siasat sehinggakan mereka sanggup untuk berkhemah ditempat lokasi tersebut. kita berdoa agar kes ini akan selesai secepat mungkin dan juga kita berdoa agar penjenayah itu tidak terlepas dari kesalah itu.

Paquin berkata...

Takziah pada keluarga mangsa. Saya harap hal ni dapat diselesaikan segera.

Paquin berkata...

Semoga pembunuh tu dapat balasan yang setimpal. Pihak berkuasa harus berusaha membawa pembunuh tu ke muka pengadilan.

kb girl berkata...

Kes ini berprofil tinggi dan terlalu banyak perhatian diberikan. Banyak lagi kes pembunuhan belum lagi selesai, tidak adail bagi mangsa dan keluarga mereka. Semua kes jenayah harus disiasat dengan teliti.

Unknown berkata...

JIka kita memberi keutamaan kes Sosilawati, apakah perasaan keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam kes-kes pembunuhan lain? Adakah ini adil pada mereka?

Unknown berkata...

Kes ini bukan kes tunggal yang dilakukan kupulan ini. Menurut laporan dalam media, kumpulan ini mungkin terlibat dalam beberapa kes kehilangan mangsa.
Penyiasatan terperinci perlu supaya mereka tidak terlepas hukuman dari dosa yang mereka lakukan

Unknown berkata...

Tindakan pantas polis menahan suspek yang terlibat patut dipuji.
HArap kes pembunuhan lain yang bukan melibatkan vvip juga dapat diselesaikan dengan pantas dan berkesan

Anak Sabah berkata...

Siasatan pembunuhan Sosilawati sememangnya penting, tapi janganlah mengabaikan kes jenayah yang lain.

captain berkata...

Setuju kes ini perlu perhatian tetapi kes pembunuhan lain juga penting dan tidak patut diabaikan.

Unknown berkata...

Polis telah membuktikan mereka memandang serius terhadap kes ini dengan tindakan yang pantas menahan suspek-suspek yang terlibat.