Isnin, 20 September 2010

Selangor Usahakan 30 hektar Penanaman Ubi Keledek Vitato

SELANGOR KINI

Pasir Putih
: Selangor akan menguasahakan 30 hektar penanaman ubi keledek vitato pada tahun ini kata Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP),Mohd Salim Taha.

Beliau berkata demikian semasa majlis penuaian ubi keledek vitato yang diusahakan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang di Semarak pada hari ini.

Beliau berkata memandangkan tanaman itu berpotensi dikembangkan untuk ditanam di kawasan tanah beris,LPP merancang untuk melebarkan penanaman tanaman ini ke kawasan di Perak dan kawasan sedia ada.

Beliau meminta petani agar tidak bimbang mengenai pasaran kerana sebuah kilang pemprosesan berharga RM1 juta sedang dalam pembinaan di Setiu,Terengganu bakal beroperasi awal tahun depan.

Tanaman itu berpotensi untuk dikomersilkan kerana bahan mentah itu boleh menghasilkan 12 hingga 13 produk makanan ringan seperti tepung, jus serta kuih dan mempunyai vitamin A yang tinggi.

Tiada ulasan: