Rabu, 15 September 2010

Rakyat diseru doa keamanan untuk Malaysia

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menyeru rakyat mendoakan keamanan untuk rakyat negara ini dan menolak segala bentuk kezaliman yang berlaku sempena sambutan Hari Malaysia ke-47, esok.

NGO tersebut yang turut disertai Jawatankuasa Hak Sivil di bawah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Rakyat Malaysia Untuk Beng Hock dan Saya Anak Bangsa Malaysia mahu rakyat negara ini juga menolak sebarang bentuk perkauman dan mengutuk sebarang bentuk kekangan terhadap media.

Sehubungan itu mereka juga akan menganjurkan program bertakafur 47 minit mendoakan 'Keamanan Untuk Malaysia' di KLSCAH malam ini dari pukul 11.12 malam hingga 11.59 malam.

Rakyat Malaysia yang hadir digesa memakai pakaian serba hitam dan menyertai inisiatif tersebut dengan menulis mengenai Malaysia idaman mereka, membaca atau berdiam diri sahaja berfikir mengenai untung nasib negara.

"Marilah bersama-sama kita katakan tidak kepada perkauman dan kekangan terhadap media dengan bertafakur selama 47 minit," kata mereka dalam satu kenyataan.

Program tersebut juga katanya sebagai tindakan menunjukkan perpaduan rakyat Malaysia yang hidup dalam suasana persaudaraan melalui prinsip kebebasan.

"Kita bukannya ditakdirkan untuk menjalin persaudaraan sebagai hamba, hidup dalam aman hanya kerana takutkan undang-undang drakonian atau rusuhan kaum. Kita juga bukan ditakdirkan menegakkan hak kebebasan secara tidak bertanggunbgjawab dan tanpa perasaan menyebabkan atau tidak menghiraukan kesengsaraan saudara kita," tegas mereka lagi.

Mereka menyeru rakyat Malaysia turut mengadakan aktiviti sama di tempat masing-masing dengan mengambil kira bahawa sebagai anak watan, rakyat negara ini tiada tempat lain untuk berteduh selain Malaysia.

"Marilah kita berganding bahu dengan rakyat Malaysia yang lain, berkasih sayang bukan disebabkan rasa takut atau toleransi. Marilah kita mendengar rintihan satu sama lain dan menyelami perasaan walaupun berbeza pendapat," kata kenyataan itu.

23 ulasan:

mike berkata...

keamanan yang kita rasai masa kini harus dipertahankan..isu sensitif seperti perkauman dan agama janganlah dipolitikkan semata-mata untuk kepentingan politik peribadi..

mike berkata...

sama2 lah kita sebagai rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan dan keamanan untuk Malaysia..semoga Malaysia akan terus menjadi tempat yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia..

mike berkata...

freedom for all...make peace no war...sejahtera malaysia...

Anak Sabah berkata...

Semoga negara ini akan menjadi lebih baik.

lisa berkata...

Indeed, let's pray for the peace of our country.

Unknown berkata...

Selamat menyambut Hari Malaysia ke-47! Mari kita berdoa keamanan untuk Malaysia.

Unknown berkata...

Mari berdoa dengan kepercayaan masing-masing dengan satu tujuan; mengharapkan perpaduan dan keamanan rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

saya harap seluruh rakyat Malaysia sama2 memikul tanggungjawab ini bagi mengekalkan keamanan di Malaysia dan sama2 memperbaiki keretakan hubungan antara kaum.

orangkampong berkata...

Pemimpin negara perlu dengar harapan dari semua rakyat ini. Tanggungjawab mereka menjadikan Malaysia aman makmur dan selamat .

Ingatlah: Setiap pemimpin akan ditanya di akhirat nanti bagaimana dia menjadi pemimpin !.

Pemimpin jangan pentingkan diri dan kroni saja. Tanpa sokongan dari rakyat , siapalah mereka ...

mandau berkata...

keamanan dalam negara kita perlu sentiasa dipelihara, hormatilah antara satu sama lain.

Sanih Alias berkata...

mari kita semua berdoa bersama-sama memohon keamanan dan kedamaian dan ketenteraman daripada Tuhan. Semoga sambutan hari Malaysia akan berjalan dengan lancarnya dan kita berdoa juga agar negara kita akan terus aman dan masalah kezaliman hilang.

azman berkata...

semua rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan keamanan dan perpaduan yang telah dimiliki. semoga negara kita terus aman sejahtera.

Unknown berkata...

semoga Malaysia sentiasa menjadi negara yang aman damai untuk didiami rakyat

Unknown berkata...

sememangnya keamanan hidup di Malaysia diakui oleh ramai pihak samada dalaman atau luaran

Bujang Senang berkata...

Doakan untuk negara kita sentiasa dalam keadaan aman makmur. Mari kita berdoa sama-sama untuk negara kita Malaysia.

Paquin berkata...

Sebagai rakyat Malaysia sudah jadi t/jawab kita utk mendoakan keamanan dan kesejahteraan negara :)

Paquin berkata...

Peace, No War!!!

kb girl berkata...

Marilah berdoa bersama agar Tuhanmemberkati dan melindungi Malaysia dari segala niat jahat dan kezaliman yang akan membahayakan negara.

Unknown berkata...

Sejahtera Malaysia. Hargai keamanan yang kita nikmati sekarang.

Unknown berkata...

Doa dan jangan terlibat dalam aktiviti yang akan menjejaskan keamanan Malaysia.

Unknown berkata...

Cadangan yang bagus. Mari sama-sama kita doa.
Aman Malaysia.

captain berkata...

Muzizat akan berlaku sekiranya rakyat berdoa satu hati.

Unknown berkata...

Kita menyahut seruan ini. Keamanan Malaysia terletak dalam tangan rakyat. Selain doa, semua rakyat bertanggung jawap mengawal tindakan yang diambil. Fikir masak-masak sebelum membuat apa-apa tindakan.