Isnin, 20 September 2010

PRESIDEN PAS MERASMIKAN PELANCARAN JENTERA PILIHAN RAYA PAS SARAWAK

pemudasarawak


Kuching: Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Sarawak dan Taklimat Tertutup Gerak Kerja Pilihan Raya telah berlansung pagi tadi di Markas PAS Sarawak yang terletak di Matang Jaya, Petrajaya tidak jauh dari sini.

Majlis telah dihadiri oleh Jentera Pilihan Raya dari semua peringkat Negeri Sarawak , Pimpinan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat dan wakil-wakil Jabatan Pilihan Raya dari negeri-negeri di seluruh Negara.

Di dalam ucapannya Tuan Guru Presiden antara lain telah mengajak para hadirin merasai tanggung-jawab kita untuk melaksanakan matlamat penubuhan PAS iaitu “Amar Ma’aruf Nahi Munkar” .Manakala kemuncak kepada amar ma’aruf nahi munkar ialah penglibatan dalam politik bagi memperjuangkan kedaulatan Islam.

Turut berucap dalam majlis tersebut Tuan Haji Adam Ahid , Pesuruhjaya PAS Sarawak, Dato’
Paduka Haji Halim Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat dan Yb Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden merangkap Pengarah Jawatan Kuasa Induk Jentera Pilihan Raya PAS Sarawak .Pelancaran terbuka akan diadakan pada malam ini.

Tiada ulasan: