Selasa, 7 September 2010

Polis digesa perjelas isu 'balik China'

MALAYSIA KINI


Pihak berkuasa diberi masa tempoh sehingga Jumaat ini untuk memberi maklum balas terhadap laporan polis berhubung isu seorang pegawai penyiasatnya yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Jika tidak, isu itu akan dimajukan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien, kata ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Katanya, tidak sepatutnya pengadu, Loh See Mooi disuruh balik balik ke China semata-mata dianggap tidak memahami bahasa Melayu.

Lim menjelaskan suri rumah berusia 51 tahun itu, membuat laporan di balai polis Sentul pada 24 Ogos lalu selepas disamun yang menyebabkan beliau kehilangan dompet dan beberapa dokumen.

Lim mendakwa pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk mengambil keterangan Loh bagaimanapun memberitahu dia dan anaknya supaya balik China kalau tidak pandai cakap Melayu selepas anak perempuan Loh mula bercakap dalam bahasa Inggeris.

Lim mendakwa Loh dan anak perempuannya berasa terkejut dengan jawapan pegawai terbabit lalu bertanya dalam bahasa Melayu, mengapa pegawai tersebut menanggap beliau tidak dapat bercakap atau memahami bahasa Melayu.

17 ulasan:

Unknown berkata...

Memalukan.

Unknown berkata...

Bersyukur kerana lahir dan tinggal di Malaysia yang mempunyai pelbagai bahasa.

Logop berkata...

Salahkah kalau beri penerangan dalam bahasa Inggeris?? Kalau polis tersebut tidak paham inggeris, dia sepatutnya menyuruh mereka beri penerangan dalam bahasa melayu dan bukannya suruh mereka pulang China.

samm berkata...

setiap individu dalam negara ini perlulah menjaga sensetiviti setiap kaum yang ada. berhati-hatilah ketika mengucapkan sesuatu, jangan sampai ada yang kecil hati.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

polis tersebut tidak seharusnya berkata demikian, kita kena menjaga pertuturan bahasa kita dan jgn menyinggung perasaan orang lain.

Anak Sabah berkata...

Saya kecewa dengan perbuatan polis itu. Sampai masa ini, kita masih tidak boleh menerima dan menghormati budaya kaum-kaum yang berlainan. Diharapakan penyiasatan dan penjelasan lanjut akan dibuat dan tindakan yang tegas diambil jika disabit kesalahan.

Sanih Alias berkata...

Tidak patut tindakkan polis tersebut mengatakan sedemikian. Sekiranya polis itu tidak faham atau sebaliknya janganlah mengeluarkan kata menyuruh mereka balik China. Bersopanlah sikit wahai polis malaysia, tahulah kamu semua tegas dalam bekerja, tapi jangan terlalu ikutkan perasaan.

Tanpa Nama berkata...

sebagai penjawat awam dan pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan, Polis itu sepatutnya lebih peka dengan dasar serta saranan kerajaan untuk menjaga keamanan negara. malah beliau sepatutnya sedar bahawa tindakan beliau boleh menyalahi undang2. saya harap Polis itu dikenakan tindakan tegas tanpa ada campur tangan pihak lain yang bertujuan untuk melindungi beliau.

Mahsiran berkata...

mengapalah Polis ini begini tidak memikirkan perasaan orang lain. Sekarang berilah penjelasan kenapa polis tersebut mengeluarkan kata yang tidak sepatutnya.

zam berkata...

sesiapa pun perlu berhati-hati ketika mengucapkan sesuatu. jangan sampai mengucapkan pekara yang tidak sepatutnya sehingga boleh menyebabkan ada pihak yang berkecil hati.

Tanpa Nama berkata...

polis ini tak patut bersikap sedemikian, ia seharusnya menghormati kaum lain. tindakanya bertentangan dgn etika kerja sebagai seorang anggota polis.

Paquin berkata...

Kalau betul lah hal ni, memang agak menyedihkan juga la.. sepatutnya cakap lah bagus2 kan, jangan kasar2. huhu

Paquin berkata...

Tapi saya ada pengalaman bercakap dengan orang yang langsung tak tahu berbahasa Melayu/Malaysia..
He's Chinese, manager salah satu cawangan syarikat insurans di Sabah la. Actually saya nak tanya mengenai tuntutan pihak ketiga, & saya nak share antara rangkap perbualan yang saya paling ingat la

Me: Hello, Saya......, saya nak tanya mengenai tuntutan pihak ketiga kerana baru2 ini... bla,bla,bla

Manager: Sorry but I cant speak Malay'...

Me: Its Ok, u can answer in english, but I'll explained to u in bahasa since I'm not good in English.

Manager: ehhmm, I dont understand Malay....

Bila saya dengar ja dia tak faham bahasa Melayu, fuhyooooooo... Mcm sukar dipercayai oo!!!

Paquin berkata...

Saya boleh terima bila dia bgtau, tak pandai cakap BM, tapi yang mengejutkan saya ialah bila dia mengaku yang dia tak faham BM.... OMG!!!!!!!!

Rasa mcm sedih jugalah.. Lepas tu barulah saya terfikir, no wonder la kalau banyak isu tuntutan insurans tak berjalan lancar... Rupa-rupanya ada masalah komunikasi pula. hehehe

Paquin berkata...

Saya tak nafikan Bahasa English penting untuk dikuasai, namun janganlah sampai langsung taktau cakap BM bah... Tapi saya tak juga la mengamuk sama Manager tu... Saya cakap English juga biarpun tunggang langgang, janji masalah ku selesai. hahhaa

Paquin berkata...

So, bagi saya berdepan dengan hal sebegini, ataupun apa jua situasi tetaplah bertenang dan fikirkan cara terbaik supaya setiap perkara dapat diselesaiakn dengan baik. Jangan terlalu emosi, tak pasal-pasal terkasar bahasa pula. Naa bila dah kasar, tu yang timbul isu rasis tu.