Khamis, 23 September 2010

PM yakin ekonomi berkembang lebih 6% 2010

FREE MALAYSIA TODAY

ajib KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka mencapai lebih dari 5% pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2010 meskipun terdapat pertumbuhan ekonomi dunia yang lembab pada separuh kedua tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ekonomi negara-negara maju sedang mengalami pertumbuhan yang lembab dan ini akan memberi kesan terhadap ekonomi tempatan dalam tempuh masa kedua tahun ini.

Kata Najib, walaupun situasi ekonomi Malaysia kekal kukuh, prospeks pertumbuhannya dipengaruhi oleh permintaan luaran ekoran dari ekonomi domestik yang bersifat terbuka.

"Oleh sebab ini, kerajaan menjangka kadar perkembangan yang perlahan dalam separuh kedua tetapi apabila dikira sepanjang tahun, ekonomi tempatan dijangka menunjukkan prestasi yang lebih baik dari 6% KDNK," kata beliau selepas taklimat oleh Bank Negara mengenai kedudukan ekonomi negara di sini semalam.

Najib berkata ramalan pertumbuhan untuk 2011 akan didedahkan pada hari Belanjawan 15 Oktober depan.

Berbanding ekonomi dunia berkembang secara perlahan, ekonomi Malaysia terpaksa bergantung kepada penggunaan dan permintaan dalam negeri, terutama sektor swasta.

"Untuk perkara ini berlaku, kerajaan akan memastikan beberapa langkah yang bersesuaian ketika belanjawan nanti dan ianya menjadi sebahagian dari model baru ekonomi," terang beliau.

Taklimat ini di adakan bersempena dengan penjenamaan semula dan pelancaran logo baru Pusat Antarabangsa Kepimpinan Dalam Kewangan (ICLIF) semalam.

ICLIF dilancarkan pada November 2008 dengan misi untuk menggalakkan peranan yang lebih berpengaruh oleh ahli-ahli lembaga pengarah dalam sektor kewangan dan melatih pengarah-pengarah ke arah bertaraf dunia dengan mengamalkan amalan terbaik dan kecemerlangan dalam tadbir urus korporat.

13 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Tingkatkan usaha untuk mengembangkan ekonomi negara kita.

madd berkata...

memang baik jika ekonomi Malaysia terus berkembang. usaha untuk memajukan ekonomi negara perlu diteruskan.

mandau berkata...

satu perkara yabg baik, harap ekonomi malaysia akan terus berkembang.

Hamdan Hadillah berkata...

harap apa yang disampaikan dan kenyataan PM itu adalah benar. Kita harus lebih berusaha untuk meningkatkanya ekonomi negara ini dengan lebih tinggi.

Tanpa Nama berkata...

usaha perlu diteruskan bagi meningkat ekonomi negara.

Tanpa Nama berkata...

diharapkan, dengan pencapaian pertumbuhan yang menggalakkan ini berserta usaha transformasi Kerajaan dan ekonomi, sasaran pertumbuhan KDNK 6.0% bagi keseluruhan tahun 2010 boleh dicapai.

Unknown berkata...

Hooray! Tahniah - lah.

samm berkata...

semoga ekonomi negara terus berkembang dengan pesat pada masa akan datang.

Unknown berkata...

Rakyat Malaysia perlu bersatu hati berusaha membantu negara mecapai target yang ditetapkan.
6% tidak banyak. Jika rakyat berkomited, tidak sukar mencapai tahap ini.

captain berkata...

Sebagai rakyat Malaysia, kita menyokong PM demi menjayakan wawasan beliau.

Unknown berkata...

Pertumbuhan 6% harus tercapai setiap tahun demi wawasan 2020. Cuma tinggal 10 tahun lagi untuk kita berusaha.

Paquin berkata...

Baguslah :) Tingkatkan usaha, pasti ada kemajuan juga tu nanti.

Paquin berkata...

Good luck Najib. Wish u all d best :)
Sebagai rakyat, saya sokong sepenuhnya usaha kerajaan utk membangunkan ekonomi negara.