Khamis, 9 September 2010

Pilihanraya PBT dijangka tingkatkan kualiti perkhidman



SELANGOR KINI

SHAH ALAM – Kaji selidik yang dijalankan mendapati sebahagian besar penduduk bandar di Selangor mahu kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini akan merealisasikan cadangan untuk mengadakan pilihanraya bagi memilih ahli-ahli pihak berkuasa tempatan ataupun PBT di Selangor.

Pengerusi Exco Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Teresa Kok percaya pelaksanaan cadangan itu akan menjadi bukti betapa kerajaan Selangor mengutamakan demokrasi dalam serba serbi pentadbirannya.

Pilihan raya PBT adalah elemen penting dalam amalan demokrasi sebelum 1964 tetapi ia dimansuhkan walaupun kerajaan UMNO- Barisan Nasional berjanji untuk menyambung semula amalan itu.

Selepas beberapa dekad pimpinan UMNO- BN masih gagal menunaikan janji, sebaliknya Pakatan Rakyat yang membawa cadangan untuk menghidupkan semula pilihan raya PBT.

“Sebenarnya di kawasan Bandar atau di kawasan bandar kebanyakan penduduk memang mahu diadakan pilihanraya pihak berkuasa tempatan” kata Teresa.

Kajian peringkat kebangsaan yang dijalankan Merdeka Centre sebelum ini mendapati 71 peratus mahu pilihan raya PBT diadakan semula. Sebahagian besar respondan ialah masyarakat Cina – 75 peratus, India – 71 peratus dan Melayu – 68 peratus.

“Mereka mahu kerana mereka rasa adalah satu proses demokrasi dimana, yang mana mereka amat berharap ini dapat realisasikan” kata beliau lagi. Berdasarkan kaji selidik, penduduk Selangor berpendapat kualiti perkhidmatan dan sistem penyampaian maklumat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan bertambah baik dengan adanya pilihan raya PBT.

“Selain daripada itu, mereka juga berpendapat bahawa kalau adanya pilihanraya PBT, ini akan menambah baikkan mutu perkhidmatan dan juga sistem penyampaian kerajaan tempatan” ujar Teressa mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan: