Sabtu, 18 September 2010

Pil kuda: Lima termasuk dua pelajar kolej, anggota APMM ditahan

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA TERENGGANU — Lima orang ditahan Jabatan Trafik Daerah Kuala Terengganu awal pagi tadi membabitkan seorang anggota Agensi Penguat Kuasa Maritim (APMM) cawangan Kuala Terengganu dan seorang remaja perempuan kerana memiliki pil kuda.

Turut ditahan seorang peniaga jus jambu dan dua beradik, anak kepada pengedar kereta Perodua.

Kelima-lima mereka ditahan di tiga tempat berasingan sekitar bandar Kuala Terengganu.

Tangkapan pertama melibatkan kakitangan APMM berpangkat Laskar Kelas Dua Maritim di mana polis merampas tujuh pil warna merah disyaki dadah jenis “metaphitamine” dalam sekatan polis “Ops Samseng Jalanan” di Jalan Wakaf Beruas pada pukul 2.40 pagi tadi.

Peniaga jus yang juga bapa kepada tujuh anak pula ditahan pada pukul 3.40 pagi di kediaman Kampung Tok Hakim, Padang Midin dikenal pasti pembekal dadah kepada kakitangan maritim berkenaan.

Hasil tangkapan kedua-dua suspek berkenaan, polis yang diketuai Asisten Superintendan Kazahari Che Mat melancarkan serbuan mengejut sekitar 8.10 pagi tadi, berjaya merampas sebanyak 4,000 pil bernilai RM100,000 yang disorok dalam sebuah kotak kecil di bawah katil bilik tidur rumah dua beradik, anak kepada pengedar kereta Perodua.

Dua beradik ini ditangkap secara berasingan di rumah mereka Taman Setia Durian Burung.

Siasatan awal polis mendapati salah seorang daripada mereka pernah ditahan tahun lepas kerana kes memiliki dadah.

Adiknya dan teman wanita merupakan pelajar kolej di Kemanan dan Kuala Terengganu.

Kelima-lima mereka ditahan reman selama tujuh di IPD Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut.

Tiada ulasan: