Khamis, 9 September 2010

PERKASA: Bukan kerana kami sokongan BN terhakis

MALAYSIA KINI


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menafikan dakwaan bahawa kewujudan kumpulan pendesak Melayu itu punca Umno kehilangan sokongan ramai.

“Kenyataan Tengku Adnan (Mansor) bahawa sesetengah tindakan PERKASA tidak gembirakan Umno kerana PERKASA menghakis sokongan rakyat kepada Umno adalah sangat angkuh,” kata setiausaha agung PERKASA, Syed Hassan Ali dalam satu kenyataan.

Katanya, kehilangan sokongan Umno adalah tindakan parti itu sendiri yang tidak mahu berubah.

“Saya ingatkan Tengku Adnan bahawa sesetengah tindakan Umno dan BN sendiri sekarang semakin menjauhkan pengundi kepada mereka. Mereka sendiri yang membuatkan diri mereka hilang sokongan.

“PERKASA hanya menegur supaya mereka (Umno dan BN) sedar akan tindakan-tindakan mereka yang tidak betul. Tetapi kalau nak anggap ia (teguran PERKASA) sebagai semakin menjauhkan sokongan rakyat kepada Umno dan BN terpulanglah,” kata Syed Hasan.

Beliau mengulas wawancara Tengku Adnan di mana setiausaha agung Umno itu dilaporkan berkata BN akan meletakkan calon bagi menentang presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali di kerusi parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum akan datang.

Pada wawancara itu, Tengku Adnan berkata tidak ada sebab bagi Umno menyokong Ibrahim dan mendakwa tindakan pergerakan itu adalah punca sokongan bukan Melayu kepada BN terhakis.

Pada pilihan raya umum 2008, Ibrahim yang tidak mempunyai parti memenangi kerusi Pasir Mas atas tiket PAS tetapi beliau kemudiannya berpaling tadah dan menyerang parti Islam itu.

Ibrahim kemudiannya menubuhkan PERKASA yang didakwanya mempunyai lebih 50,000 ahli dan kebanyakan mereka adalah ahli Umno.

Mengenai ikrar Tengku Adnan untuk meletakkan calon Umno menentang Ibrahim, Syed Hassan berkata dia sangat hairan sebagai seorang yang begitu penting dalam Umno, Tengku Adnan 'begitu berani' mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

“Sebelum itu saya nak tanya kepada Tengku Adnan, bila masa PERKASA minta kerusi Parlimen Pasir Mas diberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali dengan tiada calon BN diletakan bersaing sama.? “ soalnya.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dalam politik, masing2 memainkan peranan dalam mempengaruhi minda rakyat. so, tiada yang perlu dinafikan dalam hal ini.

Anak Sabah berkata...

Tidak dinafikan bahawa Perkasa telah menyakitkan hati rakyat bukan Melayu dengan kenyataan yang racis.

Hamdan Hadillah berkata...

Ini memang sudah satu perkara yang pasti dalam politik. Mereka tidak akan mengaku kesalahan mereka yang telah mereka lakukan. Tapi, rakyat hanya perlu fikir yang terbaik untuk mereka janganlah mudah termakan hasutan dari mana-mana pihak. Fikirkanlah sendiri.

Paquin berkata...

Tu lah, orang kata kerana mulut badan binasa.. Tengok kan dah karau kejadiannya. huhu

Paquin berkata...

Kalaulah setiap perkara dilaungkan dalam cara yang lebih baik rasanya takkan timbul soal ketidakpuasan hati/tersinggung ni.. hhmmmm, inilah kesannya kalau emosi sangat:P

Paquin berkata...

Ya Jonny. Sedar atau tak, memang Perkasa telah menyinggung perasaan kaum bukan Melayu... So, ada baiknya hal ini dijadikan pengajaran, next time jangan buat lagi.

Paquin berkata...

Ya ali. Semuanya terletak pada rakyat... Kalau nak hidup aman sokonglah para pemimpin yang cintakan keamanan :)

Paquin berkata...

Soal sokongan terhadap BN pula, saya yakin asalkan BN dapat buktikan mereka tidak rasis dan mengutamakan semua lapisan rakyat tanpa kira kaum, agama dan keturunan; BN pasti jadi pilihan utama rakyat:)

Unknown berkata...

perkara begini sekiranya saling tuduh menuduh adalah umpama 'api dalam sekam' yang pada bila-bila masa akan marak! apa salahnya masing-masing yang terlibat cari jalan penyelesaian supaya ianya tidak berlarutan....

Unknown berkata...

siapa ahli-ahli perkasa? siapa pula ahli-ahli UMNO? melayu dari rumpun mana? kan bagus kalau bersatu dan bermuafakat? saya sebagai rakyat biasa melihat pertelingkahan sebegini adalah salah faham antara saudara sebangsa dan seagama. "Bersatu teguh bercerai roboh"

mandau berkata...

jika benar2 nak pertahankan nasib melayum semua parti melayu perlu bersatu, bukan saling memburukkan satu sama lain.

Tanpa Nama berkata...

takpa, isu ini tidak akan menjejaskan kepentingan rakyat. tidak perlu diperbesarkan dan biarlah antara mereka yang terlibat menyelesaikan masalah mereka.