Rabu, 29 September 2010

Peneroka menang lagi kes saman Felda

MALAYSIA KINI


Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu, lapor Harakahdaily.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya berikutan saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, hakim memutuskan, bayaran berkenaan hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak mencukupi.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah berkenaan kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.

13 ulasan:

azman berkata...

keputusan ini perlulah dihormati. apa pun semoga Felda terus berjaya dalam membangunkan ekonomi setempat dan negara.

Tanpa Nama berkata...

nampaknya peneroka menag dalam kes ini. Felda harus patuh pada perintah mahkamah.

Tanpa Nama berkata...

pengajaran kepada felda, jangan lagi mengulangi kesilapan dan jangan sekali2 meremehkan minda peneroka. perbaiki prestasi dan reputasi felda sesuai dengan matlamat asal penubuhan.

langsat berkata...

Penaroka Felda memang berhad mendapat bayaran tersebut dari Felda kerana ini adalah persetujuan awal yang dibuat.

langsat berkata...

Apa pun tindakan mahkamah harus dipatuhi oleh semua pihak.

Unknown berkata...

Peneroka sekarang bukan peneroka sembarangan..

samm berkata...

ini adalah keputusan mahkamah dan perlu dipatuhi. namun, Felda perlu terus mengambil langkah untuk meningkatkan pencapaian dan kemajuan dalam pelbagai aspek.

Hosie Masie berkata...

tahniah kepada peneroka kerana menang dalamkes saman. Ini adalah keputusan mahkamah, oleh itu harus terima dengan keputusan tersebut.

Unknown berkata...

keputusan mahkamah adalah muktamad. apa pun saman itu tetap diberikan kepada peneroka.

Paquin berkata...

Terimalah seadanya keputusan mahkamah :)

Paquin berkata...

Apapun saya harap hal yang dah diputuskan tak diperbesarkan lagi. Semoga hal ni jadi pengajaran kepada semua pihak :)

Anak Sabah berkata...

Baguslah kalau macam ini. Peneroka-peneroka ini berhak mendapat pampasan setimpal.

polemic berkata...

So much negative issues related to felda nowadays...which means there are something wrong with the system or the administration inside Felda...Noted that Felda has been playing a very active part in uplifting the life of many peoples & family, even produce a number of millionaire...

Maybe something has to be done to improve Felda, inside & outside...it is to make sure that Felda will going to be relevant in its cause & through uncertain future....