Khamis, 9 September 2010

Pemilik muzium mainan label k'jaan P Pinang 'the Joker'

Susan Loone

Sebuah patung bersaiz manusia yang memaparkan 'the Joker' daripada filem Hollywood The Dark Knight menghiasi pameran sebuah muzium mainan di Tanjung Bungah, Pulau Pinang bagi melambangkan kerajaan negeri itu.

Pemiliknya, Loh Leng Heng berkata jika kerajaan negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng gagal bertindak - berdasarkan konsep kompeten, akauntabiliti dan telus yang dijuarai mereka - CAT (competent, accountable and transparent), mereka akan bertukar menjadi 'the Joker' - penjahat dalam filem keluaran 2008 itu.

Loh berang kerana usahanya mencari sebidang tanah untuk memindahkan muziumnya yang didakwa menarik minat ribuan pengunjung setiap bulan tidak diendahkan.

Katanya, muzium itu menempatkan 40,000 mainan yang dipamerkan manakala 30,000 lagi dalam simpanan kerana kekurangan ruang. Justeru, beliau memohon bantuan kerajaan negeri bagi mendapatkan tapak yang sesuai tetapi diberi layanan dingin.

Layanan istimewa

“Saya telah mohon untuk menyewa sebidang tanah di Botanical Gardens tetapi malangnya tanah itu telah diperuntukan untuk membina sebuah sekolah Tamil meskipun saya membuat permohonan terlebih dahulu,” dakwanya.

“Saya bukannya meminta layanan istimewa, saya hanya mahu menyewa ruang pada harga pasaran tetapi saya langsung tidak berjaya berjumpa sesiapapun pada peringkat kerajaan negeri yang hanya membenarkan orang kaya berjumpa mereka,” dakwanya lagi.

Loh juga berang kerana muziumnya yang didakwanya sebagai mempunyai barang mainan yang terbesar di dunia juga tidak disenaraikan di laman sesawang pelancongan negeri, peta dan risalah pelancongan sejak dua tahun yang lalu.

Katanya kerajaan negeri mempunyai senarai 12 tempat popular untuk dilawati di Pulau Pinang tetapi kriteria yang digunakan adalah kurang jelas. Dakwanya, tempat terkenal seperti patung Budha dan Tokong Ular juga tidak termasuk dalam senarai itu.

Kemarahannya memuncak apabila dia digagal mendapatkan temujanji bagi berjumpa dengan pengerusi jawatankuasa pembangunan pelancongan dan kebudayaan negeri, Danny Law untuk mendapatkan penjelasan.

“Saya telah menulis 50 surat apabila masalah ini bermula tetapi tiada jawapan yang diberikan. Saya juga tidak berjaya berjumpa Law, meskipun telah ke pejabatnya berkali-kali untuk mendapatkan temu-janji,” kata Loh yang menguruskan muziumnya itu untuk lebih lima tahun.

Bercakap dalam nada yang marah, Loh berkata jika rungutan dan masalahnya itu tidak ditangani beliau akan mempamerkan partung-patung termasuk 'Terminator', bagi memaparkan semua tindakan negatif yang membabitkan kerajaan negeri.

11 ulasan:

Hamdan Hadillah berkata...

Mana pemimpin yang begitu banga dengan kejayaannya itu. DAP, rakyat memerlukan pertolongan daripada pemimpin kenapa pemimpin berdiam dan mengendahkannya saja. Cuba beri penjelasan?Loh cuba untuk membantu PP untuk tarikkan pelancongan bukan untuk peribadi sahaja.

Tanpa Nama berkata...

aikk. mana hilangnya pemimpin berjiwa rakyat Pulau Pinang? memang betullah tuduhan2 yang dibuat oleh blogger bahawa banyak berlaku penindasan, penipuan di P.P.. memang sesuai jugalah DAP/PR disamakan dengan the joker. kemarahan pemilik muzium ini cukup untuk mewakili seluruh rakyat di negeri jajahan PR bahawa kerajaan PR tidak cekap dan banyak kelemahan.

azman berkata...

kerajaan negeri Pulau Pinang perlu menyelesaikan pekara ini. mereka sepatutnya membantu pemilik muzium berkenaan untuk menyelesaikan masalahnya.

Anak Sabah berkata...

Muzium ini nampak menarik, saya juga tertarik ingin melihat sendiri koleksi-koleksi yang ada. Semoga pemilik itu berjaya mendapatkan tempat yang baru untuk memperagakan koleksinya.

Unknown berkata...

Usaha untuk memajukan industri pelancongan Pulau Pinang merupakan satu usaha ynag baik dan patut dipuji kerana secara tidak langsung PP dapat menjana sumber pendapatannya. Hairan juga bagaimana beberapa tempat yang menarik di dalam PP sendiri tidak dikomersialkan. Namun, penubuhan sekolah Tamil di tapak pilihan pemilik muzium itu juga merupakan satu niat yang baik dalam memajukan anak2 Malaysia. Cuma pihak kjaan PP haruslah sekurang-kurangnya memberikan respon terhadap rejection tersebut. Dia mahukan penjelasan.

Paquin berkata...

aiks betul ka ni.. Kalau muzium ini mempunyai barang mainan yang terbesar di dunia rugi lah kalau tak disenaraikan dalam laman pelancongan negeri...
Bukankah hal ini dapat menarik perhatian ramai pelancong seterusnya memperkenalkan negeri PP di mata dunia??? hhhmmm....

Paquin berkata...

Apapun, saya harap keluhannya ni dapat perhatian sewajarnya demi kebaikan bersama :)

Unknown berkata...

sekurang-kurangnya luahan perasaan pemilik muzium ni didengar oleh para pemerintah terbabit. kalau tidak setuju pun kenalah bagi jawapan supaya orang tidak tertunggu-tunggu

Unknown berkata...

pendapat saya..bukan nak menyebelahi sesiapa samada si pemilik muzium dan para pemimpin p.pinang. benda ni perkara kecik yang masih boleh diselesaikan secara bersemuka win-win situation. cuma kalau betullah seperti yang didakwa oleh pimilik muzium ni tentang fakta-fakta tarikan pelancong yang boleh disediakan olehnya..why not kerajaan PP menyediakan kawasan sewajarnya untuk pemilik muzium ni

mandau berkata...

kerajaan negeri Pulau Pinang perlu memberi pertolongan kepada penempatan muzium ini.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan P.P sepatutnya menyokong apa jua industri untuk kebaikan negeri dan negara. sekurang2nya pihak kerajaan P.P tampil beri penjelasan kenapa permohonan Loh tidak diluluskan. apa gunanya DAP membentuk kerajaan di P.P kalau hal kecil seperti ini tidak mampu diselesaikan...