Khamis, 16 September 2010

Pembunuhan kejam Sosilawati: Peniaga gerai makan kenal suspek utama

BERITA HARIAN ONLINE

KUALA LANGAT: Beberapa peniaga gerai makanan di sekitar Banting mengaku mengenali suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain kerana dia pernah mengunjungi gerai mereka sebelum ini.

Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Syarifah, 45, mendakwa, mengenali suspek yang berusia 41 tahun itu sejak lebih lapan tahun lalu ketika dia bekerja di sebuah kelab golf di sini dan tidak percaya lelaki berkenaan yang kelihatan baik dan bersikap lemah lembut boleh melakukan jenayah kejam itu.

“Dia (suspek) kerap datang bermain golf bersama beberapa rakan dan selepas itu dia datang ke restoran tempat saya bertugas.

“Pada pengamatan saya, dia seperti seorang yang amat baik kerana percakapannya amat tersusun dan satu persatu serta sering tersenyum,” katanya kepada Berita Harian.

Wanita itu kini berniaga di Medan Selera Majlis Perbandaran Kuala Langat yang terletak kira-kira 1 kilometer dari rumah dan pejabat suspek bergelar Datuk itu.

Tiada ulasan: