Isnin, 27 September 2010

PAS Tuntut Kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu

FREE MALAYSIA TODAY

DSC_3692 KULIM: PAS menuntut kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu dikembalikan kepada parti itu dalam pilihanraya umum akan datang, kata Yang Dipertuanya, Hassan Razak.

Ketika ini kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu diwakili oleh Zulkifli Nordin yang bertanding atas tiket PKR tetapi telah keluar parti dan menjadi ahli bebas.

"Kesemua 42 cawangan parti (PAS) di kawasan ini mahu kerusi itu ditanding oleh PAS kerana mereka kecewa dengan ahli parlimen tersebut.

"Bukan sahaja berpaling tadah tetapi juga gagal berkhidmat untuk rakyat," katanya di sini.

Hassan berkata, bagaimanapun, ini bukan bermakna ahli PAS menyalahkan PKR Kulim Bandar Baharu.

Tetapi, katanya, ahli-ahli PAS bimbang kalau-kalau pisang berbuah dua kali dan mereka lebih meyakini istiqamah (komitmen) sesama ahli PAS berbanding parti lain.

Surat tuntutan itu sudah diserahkan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan beliau juga sudah bertemu dengan Azizan berhubung perkara itu.

Katanya, pihaknya tetap mengutamakan perpaduan sesama parti Pakatan Rakyat (PR) dan ini sekadar tuntutan.

"Hal ini sudah tentu memerlukan perbincangan lanjut yang lebih teliti,” katanya.

Tiada ulasan: