Sabtu, 11 September 2010

Ops Sikap: 21 lagi kematian hari kelapan

BERNAMA

KUALA LUMPUR- Sebelas penunggang dan pembonceng motosikal adalah antara 21 yang maut dalam kemalangan jalan raya pada hari kelapan Ops Sikap Ke-22 semalam.

Jurucakap Ops Sikap Polis Diraja Malaysia berkata jumlah itu melonjakkan angka korban jalan raya kepada 139 orang sejak Ops Sikap bermula pada 4 September lepas.

“Sepuluh lagi yang maut semalam ialah pengguna kereta iaitu lima pemandu dan lima penumpang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya sebanyak 1,001 kemalangan dilapor berlaku semalam iaitu 408 di jalan persekutuan, 255 di jalan bandaran, 184 jalan negeri, 99 di lebuh raya dan 55 lagi di lain-lain jalan.

Sebanyak 4,907 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.

1 ulasan:

orangkampong berkata...

Saban hari kemalangan jiwa bertambah dan menggerunkan sekali. Setiap kali perayaan ada Ops Sikap, tapi apa kesan operasi tersebut ?.

Harap pelaksanaan Ops Sikap tu dikaji semula.....