Rabu, 1 September 2010

Nota 'terakhir' Teoh dikemukakan 20 Sept

Aidila Razak

Nota itu dikatakan 'wasiat terakhir' mendiang Teoh Beng Hock Beng akan dikemukakan sebagai bahan bukti dalam inkues kematiannya pada 20 September ini, bersama dengan terjemahannya serta bebebapa buku.

Juga akan dipanggil pada hari berkenaan ialah pegawai menyiasat dan pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia, Wong Kong Yau.

Hari ini, koroner turut menetapkan pendengaran inkues tersebut disambung pada 22 Oktober.

Nota yang berada dalam simpanan peguam negara sejak Oktober lalu, pada mulanya hendak dikemukakan di mahkamah bulan lalu.

Bagaimanapun, ia dibantah peguam Gobind Singh Deo dan Malik Imtiaz Sarwar, yang masing-masing mewakili keluarga Teoh dan kerajaan Selangor, dengan mendakwa bukti itu tidak dimaklumkan kepada mereka hingga ke hari berkenaan.

Teoh, 30, dijumpai mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas sepanjang malam disoalsiasat sebagai saksi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pejabat SPRM terletak di tingkat 14 bangunan berkenaan.

Teoh ketika itu merupakan pembantu kepada pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang disiasat berhubung dakwaan penyelewengan dalam pemberian peruntukan kerajaan negeri.

Tiada ulasan: