Ahad, 5 September 2010

Naib Presiden: Mike tidak tanding, sokong Gobi


Manikavasagam Oleh Fazy Sahir

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam tidak bertanding jawatan naib presiden PKR dalam pemilihan parti akhir tahun ini.

Sebaliknya, beliau menyokong ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan bekas Timbalan Pengerusi Wilayah Persekutuan, R Suresh Kumar bertanding jawatan tersebut.

"Keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Gobalakrishanan (dikenali dengan panggilan Gobi) ," katanya.

"Saya tidak bertanding memandangkan ada tiga calon yang bertanding (R Sivarasa, N Gobalakrishnan dan Suresh).

"Setelah berbincang dengan Gobala sama ada beliau atau saya yang akan bertanding, R Sivarasamaka kami capai kata sepakat untuk beliau (Gobala) bertanding."

Menurut Manikavasagam yang lebih dikenali dengan panggilan Mike, keputusan tersebut diambil bagi memberi fokus kepada kawasan (Kapar) serta akar umbi parti.

Walaupun ramai ahli parti mahukannya bertanding namun beliau memilih untuk bertanding dalam majlis pimpinan pusat (MPP).

"Orang bawah mahu saya bertanding naib presiden, jika saya lawan nanti tiada masa masa untuk orang bawah dan kawasan. Maka saya lepaskan hasrat itu dan mahu fokus kepada akar umbi parti sendiri.

"Saya ada masa yang panjang….maka saya sah untuk bertanding MPP" katanya.

‘Saya tidak sokong Sivarasa’

N Gobalakrishnan Jawatan naib presiden menjadi kerusi panas apabila nama baru muncul membabitkan pemimpin di kalangan India iaitu R Suresh Kumar.

Malah Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa disebut-sebut untuk mengekalkan jawatan naib presiden itu.

Namun menurut Manikavasagam, sudah tiba masanya untuk Sivarasa memberi peluang kepada muka-muka baru untuk bertanding.

"Saya tegas mengenai hal ini, ia bukan bersifat peribadi tetapi saya tidak sokong Sivarasa. Kita tidak mahu apa yang terjadi dalam MIC- Datuk Seri S Samy Vellu pegang jawatan terlalu lama.

"Maka sejajar dengan harapan baru untuk rakyat, beliau (Sivarasa) pun dah 10 tahun pegang jawatan, kini tiba masa untuknya bagi peluang kepada orang lain untuk bertanding," katanya.

Katanya, perubahan perlu memandangkan undi masyarakat India ke atas PKR mulai menurun sehingga 10 peratus.

"Siapa-siapa menang saya akan sokong. Kita memerlukan satu naib presiden baru untuk memberi idea-idea bernas untuk terus tarik rakyat kepada PKR.

"Ketika Sivarasa pegang jawatan itu sokongan 80 peratus mulai turun hingga 10 peratus. Ini yang kita tidak mahu." dakwa beliau.

Tiada ulasan: