Sabtu, 11 September 2010

Malaysia Today Digodam Sekat Pendedahan Skandal Umno-BN

Oleh Dzulkarnain Taib

SHAH ALAM - Portal berita sensasi, Malaysia Today yang dikendali penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin atau RPK digodam semalam menyebabkan ia mengalami masalah teknikal sebanyak dua kali dalam tempoh 24 jam.

Ini berlaku setelah laman web tersebut menyiarkan beberapa artikel yang membongkarkan skandal rasuah yang membabitkan pemimpin Umno Barisan Nasional serta kroni mereka.

Antara artikel terbaru yang disiarkan oleh RPK berjudul 'Tajudin Ramli will not be enjoying his Hari Raya this year' berhubung skandal kerugian RM8 bilion yang ditanggung oleh syarikat penerbangan Malaysia, MAS semasa kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli menjadi Pengerusi.

Satu lagi artikel mendedahkan dakwaan bagaimana seorang kenalan kepada Perdana Menteri, Dastuk Seri Najib Razak cuba menggelapkan RM200 juta daripada China Railways Engineering Corporation (CREC) yang melaksanakan projek landasan berkembar kepada keluarga Najib.

RPK dalam satu emel berkata prtal beliau kini diancam godaman yang hebat.

"Kami tidak boleh beroperasi sejak 2 jam yang lalu. Seperti ada pihak yang membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk menyekat kami," kata beliau.

RPK berkata akses kepada laman web Malaysia Today dipulihkan untuk seketika sahaja sebelum ia digodam semula.

"Ia ada hubung kait dengan artikel mengenai skandal MAS. laman web tersebut digodam setelah beberapa jam artikel iu dimuatnaikkan. Kita dedahkan dokumen kepada dan dari mahkamah yang mengkompromikan kes MAS terhadap Tajudin Ramli," tambah RPK lagi.

Setakat ini tidak diketahui identiti pihak yang menyekat laman web RPK tetapi oleh kerana interbet adalah umpama pengayak artikel yang disekat kemudiannya tersiar dalam sebuah blog yang tidak dikenali, 'Malaysians Must Know The Truth'.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, RPK telah menyiarkan siri beberapa artikel berdasarkan dokumen rasmi daln laporan mengenai penyelewengan yang berlaku dalam MAS.

Asia Sentinel memetik dokumen yang sama menyatakan Tajudin yang merupakan kroni kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa menyonglap puluhan juta wang kepunyaan syarikat penerbangan itu sehingga menyebabkan ia hampir muflis.

MAS yang telah diswastakan dan diserahkan kepada Tajudin terpaksa diselamatkan oleh kerajaan.

Setelah ia rugi sebanyak RM8 bilion, Tajudin mengembalikan semula syarikat itu kepada kerajaan pada harga yang hampir sama ketika beliau mula memperolehinya.

Pada 8 September lalu, RPK menulis mengenai isu MAS dengan mendakwa Tajudin telah diberi imuniti oleh Umno dengan sokongan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana segala laporan oleh penyiasat dan mereka yang menyalurkan maklumat tidak dipedulaikan oleh pihak polis.

Dalam artikel itu RPK berkata beliau telah dikunjungi peguam Tajudin di London yang memberitahunya bekas Pengerusi MAS itu hanyalah kuncu kepada Umno dan 'Umno bukan sahaja terpaksa melindunginya daripada pendakwaan tetapi juga memastikan kerajaan membeli semula saham pada harga yang sama yang telah dijual kepada beliau walaupun nilai saham tersebut hanya tinggal sedikit daripada harga asal.

Artikel itu menyebut,'keadaan ini bukan hanya untuk MAS tetapi juga untuk urusan perniagaan lain'. Ini termasuk penyelewengan dalam UEM/Renong, sebuah syarikat pembinaan yang dikaitkan dengan Umno dan diterajui oleh Hakim Saad, seorang lagi kroni Dr Mahathir. Syarikat itu didakwa merompak perbendaharaan negara melalui kontrak pembinaan yang telah dinaikkan harga secara keterlaluan.

"Ini merupakan sekutu Tajudin yang kini bersepakat untuk mendedahkan segalanya. Mereka adalah orang upahan dan wakil Umno. Mereka mempunyai denda terhadap Dr Mahathir.

"Tetapi yang lebih penting, nampaknya Perdana Menteri Najib Razak memberikan restu kepada Tajudin Ramli, Rahman Maidin dan Halim Saad untuk membuat pendedahan dan menyalahkan Umno, Dr Mahathir dan Daim Zainuddin sebagai penyangak sebenar yang merompak berbilion wang pembayar cukai," kata RPK lagi.

Sementara itu pada 5 September lalu, RPK juga mendedahkan mengenai Tan Kay Hock yang memegang saham terbesar Johan Holdings Bhd, sebuah syarikat awam dan juga rakan golf kepada Perdana Menteri telah meminta kontraktor projek landasan berkembar sebanyak RM500 juta dan mendakwa sejumlah RM200 daripada itu adalah untuk keluarga Najib.

"Ini menyebabkan kontraktor dari China tersebut amat tidak berpuas hati dan bertanya samada adalah wajar dengan risiko yang ditanggung untuk membayar Kay Hock RM500 juta.

"KTM kini digunakan sebagai kantung duit baru kepada Najib," jelas RPK.

Urusan pembelian gerabak bernilai RM1.4 bilion diberikan kepada sebuah syarikat yang didakwa melibatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor serta dua orang kroninya.

Gerabak yang hanya berharga RM300 juta itu kini dipercayai tidak boleh berfungsi.

Tiada ulasan: