Ahad, 5 September 2010

LDP nafi seorang lagi naib presiden keluar parti

THE MALAYSIAN INSIDER

SANDAKAN — Parti Liberal Demokratik (LDP) menafikan bahawa seorang lagi naib presiden parti itu akan mengikut langkah Timbalan ketua Menteri Datuk Peter Pang En Yin keluar dari parti itu awal minggu ini.

Presiden LDP Datuk Liew Vui Keong berkata naib presiden Isaac Pang Su Kiun telah memberi jaminan dan menyatakan komitmen beliau untuk terus kekal dalam parti itu.

“Isaac pada masa sekarang bercuti di luar negara yang telah beliau rancang sejak enam bulan lepas,” kata beliau pada sidang akhbar di pejabat cawangan LDP Karamunting di sini hari ini.

Beliau sebelum itu mengadakan mesyuarat dengan pemimpin, ketua pemuda dan wanita dari cawangan Karamunting, Tanjung Papat, Elopura, Gum-Gum, Sekong dan Sungai Sibuga.

Dipetik Bernama, Liew berkata semua pengerusi cawangan itu hadir dalam mesyuarat itu kecuali Pang yang telah keluar parti dan Isaac, pengerusi cawangan Tanjung Papat bercuti di luar negara, manakala pengerusi cawangan Gum-Gum Jason Tan telah memaklumkan tidak dapat hadir.

Menurutnya mesyuarat itu untuk memberi penerangan kepada mereka mengenai senario yang berlaku dalam parti termasuk mengenai keputusan Pang keluar dari LDP pada Rabu lepas.

Beliau berkata tindakan Pang keluar dari LDP tidak akan menjejaskan kekuatan parti itu dan tumpuan pada masa sekarang adalah untuk mendapat semula keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Katanya ia menjadi antara matlamat utama LDP bagi memastikan BN menang pada pilihan raya akan datang dan mengekalkan kuasa pemerintahan.

Semalam, Liew menafikan dakwaan bahawa LDP akan keluar BN berikutan kenyataan timbalan presidennya mengenai kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bulan lepas.

Liew berkata parti itu akan kekal sebagai komponen BN dan yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kami cuma berasakan sokongan terhadap BN semakin kurang di Sabah dan kami cuba memberitahu kerajaan, khususnya BN, agar berbuat sesuatu mengenainya.

“Apa yang kami mahu lakukan sekarang ialah cuba memenangi semula keyakinan rakyat di Sabah,” katanya.

17 ulasan:

azman berkata...

semoga apa yang berlaku diselesaikan dengan baik. kerjasama dari semua pihak penting dalam memajukan negeri Sabah. oleh itu LDP perlu lah bersama-sama dengan KM dan semua pemimpin BN negeri dalam memajukan Sabah.

Anak Sabah berkata...

Baik kita tunggu dan lihat.

mantra berkata...

masalah dalam LDP ini kerana pendirian pemimpinannya yang enggan bekerjasama dgn Musa Aman, LDP seharusnya menjalinkan semula kerjasama dgn KM. ketepikan masalah peribadi, utamakan perjuangan parti dan negeri Sabah.

Unknown berkata...

LDP mengatakan yang rakyat kurang perhatian terhadap BN sabah,dan LPD mahu BN lakukan sekarang ialah cuba memenangi semula keyakinan rakyat di Sabah. Baguslah sekiranya LDP akan tetap bersama denga BN. Tapi apa yang diharapkan perkara yang berlaku baru ini tidak akan berulang lagi.

Mahsiran berkata...

LDP akan terus dengan BN untuk memastikan BN akan tetap kuat kata Presiden LDP, Datuk VK Liew. Harapapa masalah yang berlaku janganlah melakukan tindakkan yang tidak perlu seperti apa yang berlaku dengan Chin danDatuk Musa. Liew sebagai ketua LDP haruslah menasihatkan ahli mereka sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.

Tanpa Nama berkata...

begitulah semangat kepimpinan yang diperlukan. teruskan usaha memenangi semula keyakinan rakyat dan elakkan sebarang konflik yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan BN di Sabah. kekukuhan sebuah bangunan tidak semestinya disebabkan bilangan tiang, tetapi kekukuhan setiap tiang..good luck..

Leo berkata...

"LDP nafi seorang lagi naib presiden keluar parti"

Betulkah ni?

Tanpa Nama berkata...

keputusan LDP untuk kekal dalam BN memang wajar. LDP perlu bersedia untuk bekerjasama dengan semua pemimpin dalam BN negeri Sabah demi kebaikan semua.

Unknown berkata...

Masalah yang dihadapi oleh LDP dan Musa harus diselesaikan secepat mungkin. Kan PRU akan datang tidak lama lagi, oleh itu adalah penting semua parti2x BN komponen bekerjasama untuk memajukan Sabah dan menyelesaikan semua isu2x.

Hosie Masie berkata...

Dua pihak perlulah menyelesaikan masalah ini. Selagi masalah ini berterusan, ini akan memburukkan keadaan parti itu sendiri. LDP, Chin tidak boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian sekiranya tidak puas hati dengan Datuk Musa, tapi bawa perbincangan itu lagi baik.

Tanpa Nama berkata...

benarkah ada lagi naib presiden LDP nak keluar? nampaknya masalah dalam LDP semakin serius, LDP sebaiknya terus bekerjasama dn KM. jgn pecahkan parti kerana kepentingan diri.

mike berkata...

LDP harus memberikan penjelasan yang sewajarnya kepada ahli2 mereka berhubung dengan pendirian pucuk pimpinan parti dan sebab mengapa pemimpin parti menolak untuk bekerjasama dengan Musa.

mike berkata...

LDP harus bekerjasama dengan semua ahli parti2 komponen BN serta pucuk pimpinan BN negeri dalam usaha untuk cuba memenangi semula keyakinan rakyat di Sabah terhadap kerajaan BN.

mike berkata...

fokus utama harus ditumpukan pada penyelesaian isu2 rakyat dan negeri dan mengetepikan isu2 individu. oleh itu, kerjasama semua ahli BN negeri adalah perlu.

mike berkata...

LDP harus menetapkan pendirian parti tersebut dengan lebih jelas dan kukuh bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan ahli parti, parti2 komponen lain dalam BN dan rakyat.

mike berkata...

sama ada benar atau tidak seorang lagi naib presiden keluar parti adalah urusan dalaman parti. diharapkan isu ini diselesaikan secara baik.

mike berkata...

diharapkan mana2 parti komponen BN pada masa akan datang tidak terlalu mementingkan diri sehingga menyebabkan keretakan dalam parti.