Isnin, 13 September 2010

Lajim: Jangan keliru tarikh kemerdekaan

BERNAMA

Sambutan Hari Malaysia pada Khamis ini begitu signifikan kepada rakyat Sabah, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin.

Beliau berkata, ia kerana tarikh itulah rakyat negeri ini mencapai kemerdekaan menerusi pembentukan Malaysia.

Oleh itu, Lajim menyeru semua lapisan masyarakat di Sabah supaya sama-sama menyambut Hari Malaysia yang julung kali diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu sebagai memperingati sejarah dan pengorbanan pemimpin lampau yang menjayakan pembentukan Malaysia.

“Inilah masa kita melihat erti kemerdekaan terutama perubahan daripada segi pembangunan yang dilaksanakan di negara ini khususnya di Sabah.

"Jelas sekali Sabah kini sudah semakin maju berbanding masa sebelum pembentukan Malaysia,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka beliau sempena Hari Raya di kediamannya di Kampung Klias, dekat Beaufort, hari ini.

Lajim yang juga ahli parlimen Beaufort, berkata sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini boleh dijadikan landasan untuk rakyat pelbagai kaum di negara ini memahami sejarah pembentukan Malaysia.

“Kita tidak mahu ada kekeliruan di kalangan rakyat negara ini mengenai tarikh kemerdekaan. Kini kita menyambut Hari Merdeka dan juga Hari Malaysia dan kedua-dua sambutan ini mempunyai latar belakang sejarah tersendiri yang harus difahami.

"Kita harap dengan pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan khususnya Hari Malaysia, tiada lagi pihak yang cuba memutarbelitkan tarikh itu untuk tujuan tertentu,” katanya.

Mengulas sambutan Hari Raya Aidilfitri berkata, Lajim berkata, amalan kunjung mengunjung semasa musim perayaan sudah menjadi budaya rakyat Sabah, sekali gus membantu memperkukuhkan perpaduan kaum di negeri ini.

“Ia amat sesuai dan selaras dengan wawasan Perdana Menteri kita (Datuk Seri Najib Razak) yang mahu rakyat pelbagai kaum di negara ini sentiasa bersatu padu melalui konsep 1Malaysia yang menekankan perpaduan nasional,” katanya.

16 ulasan:

samm berkata...

adalah penting bagi setiap rakyat negara ini memahami sejarah negara kita. sambutan Hari Malaysia dapat mengingatkan kita kepada sejarah pembentukan negara ini.

Anak Sabah berkata...

Selamat Hari kemerdekaan Sabah. Janganlah kita melupakan sejarah kita sendiri.

Hosie Masie berkata...

Selamat hari malaysia dan juga selamat hari kemerdekaan untuk Sabah. Mari sama-sama kita memperingatkan pengorbanan pejuang dahulu untuk kemerdekaan sekarang.

Leo berkata...

Kepada semua lapisan masyarakat di Sabah, mari kita bersama-sama menyambut Hari Malaysia di padang Merdeka, KK. Adalah penting untuk memperingati sejarah dan pengorbanan pemimpin lampau yang menjayakan pembentukan Malaysia.

Unknown berkata...

Thanks for the sharing. This article sure helps in clearing off the confusion we all sabahans have about 16 Sept.

Tanpa Nama berkata...

16 september adalah hari kemerdekaan negeri Sabah dan hari Pembentukan negara Malaysia, kita harus menghayati hari bersejarah ini. marilah kita sama2 mnyambut hari Malaysia dan kemerdekaan Sabah ini.

Tanpa Nama berkata...

sebagai rakyat malaysia, kita wajib menghormati dan mengingati hari2 bersejarah ini.. selamat hari Malaysia.

Hamdan Hadillah berkata...

Harap rakyat kita ini tidaklah buta dengan sejarah Sabah. 16/09 ini adalah tarikh kemerdekaan bagi negeri Sabah dan juga pada masa yang sama juga ini adalah tarikh pembentukkan Malaysia. Sabah, Sarawak, dan Tanah Melayu bergabung.

madd berkata...

selamat menyambut Hari Malaysia. semoga sambutan ini akan menambahkan lagi semangat cintakan negara di dalam hati setiap rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

sambutlah hari kemerdekaan sabah dan pembentukan malaysia dgn jiwa penuh patriotik.

Unknown berkata...

memperingati tarikh kemerdekaan Sabah wajar dijadikan amalan setiap rakyat di negeri ini. kalau kita tanya datuk dan nenek kita tentang zaman sebelum merdeka..ia adalah amat-amat memeritkan! hargailah kemerdekaan yang dinikmati dan kekalkanlah kebebasan yang dimiliki!

Unknown berkata...

16 september 2010...mari mari kita ke padang merdeka kk.

Unknown berkata...

saya cinta aman, bebas dan merdeka

langsat berkata...

Selamat menyambut hari kemerdekaan malaysia. Kekalkan keamanaan yang dimiliki hingga ke hari ini

langsat berkata...

Semua lapisan masyarakan terutamanya di sabah harus bersyukur dengan kemerdekaan ini. Memperingati perjuangan pemimpin terdahulu patut dijadikan anjakan untuk terus maju kehadapan dan terus bersatupadu.

Tanpa Nama berkata...

Najib mengakui dan pernah mengatakan bahawa rakyat Malaysia daripada mana2 jua bangsa dan fahaman hanya perlu melihat Sabah untuk memahami perpaduan yang amat sukar dipercayai begitu kukuh dan harmoni yang boleh didapati dalam menerima dan menghormati kelainan rakyat kita..

selamat Hari Malaysia.