Ahad, 12 September 2010

Kerajaan Singapura Buat Rakyat Malaysia Dalam Dilema

Berita Semasa

Prime-Minister,-Mr-Lee-Hsie

Kerajaan Singapura baru-baru ini mengumumkan bahawa kesemua pemastautin tetap (PR) diwajibkan bertukar status menjadi warganegara Singapura Kelas Dua tidak lama lagi.

Berikut kenyataan ini ramailah rakyat Malaysia berada dalam situasi “check-mate”. Manalah tidaknya, ini disebabkan jika ingin menjadi warganegara Singapura, mereka ini perlulah melepaskan status sebagai warganegara Malaysia. melainkan….

Melainkan, kerajaan Malaysia membenarkan sistem “Dual Citizenship” yang mana memang jarang-jarang sekali diberikan atau dalam erti kata lainnya, mustahil sama sekali.

Kalau disemak semula statistik buat masa ini, sekitar 500,000 rakyat Malaysia ketika ini sedang bekerja di Singapura. Lebih kurang 400,000 orang pula memegang status pemastautin tetap (PR), manakala yang selebihnya bekerja atas tiket “permit kerja’.

Daripada 400,000 orang, 75% terdiri daripada masyarakat Cina. Yang selebihnya ada bangsa India dan bangsa lain.

Kebiasaannya pekerja Malaysia yang memegang status pemastautin tetap (PR) adalah disebabkan 2 faktor utamanya :

  • Senang nak lompat kerja ataupun
  • peluang nak dapat kerja lebih senang berbanding memiliki permit kerja

Kerajaan Singapura memang diakui sangat bijak dalam menutup ruang dan pelaung dalam memberikan kesan yang kurang baik kepada mereka.

Ini kerana mereka tahu status pemastautin tetap (PR) ini boleh digunakan sebagai “insurans” untuk mereka-mereka ini mencari kerja dan dalam masa yang sama mengelakkan lebih banyak lagi aliran keluar dari negara Singapura melalui CPF/EPF.

Tiada ulasan: