Sabtu, 11 September 2010

Jika UMNO Jujur, Tahan Ibrahim Ali Bawah ISA

KELAB GREENBOC

Petelagahan Umno Dan Perkasa Hanya Sandiwara

Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim yakin perbalahan Umno-Perkasa hanya sandiwara bersama untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Beliau berkata, umum sedia maklum bahawa kepimpinan Umno selama ini mempromosikan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.

Bukan sahaja permit kumpulan itu lulus dalam sekejapan, bahkan juga majlis-majlis Perkasa direstui dan dihadiri bukan sahaja oleh mantan Presiden Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi juga Presiden Umno, Najib Abdul Razak.


Mutakhir ini media melaporkan Umno membuat keputusan untuk menjauhi Perkasa dengan kerana kumpulan itu mengugat kestabilan Barisan Nasional, dan menghakis sokongan rakyat kepada gagasan itu.

Anwar menyifatkan Umno bermain bunga silat untuk mengelirukan pandangan rakyat, kononnya langkah menceraikan Perkasa adalah perlu bagi mencapai matlamat 1Malaysia.

”UMNO tidak boleh lepaskan tanggungjawabnya sebagai satu badan yang selalu mempromosikan PERKASA jika mereka masih berdegil maknanya mereka harus memberikan penjelasan kepada rakyat apa yang berlaku sebenarnya,"kata Anwar

Beliau menggesa Umno menjelaskan kepad rakyat apakah keputusan itu adalah dasar yang kekal, atau sekadar keperluan politik semasa semata-mata.

Kalau setakat ini kita tidak yakin bahawa sebenarnya UMNO tidak menjiwai apa yang disuarakan oleh PERKASA tetapi hanya satu sandiwara politik sementara”, kata Dato Seri Anwar selepas menghadiri rumah terbuka anjuran Parti Keadilan di tapak Expo seberang jaya petang tadi.

Sementara itu, Anwar memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana ahli Parti Keadilan Rakyat yang menganggotai Perkasa, kerana ia bercanggah dengan prinsip perjuangan parti.

Ulasan GB

Seorang pengkomen di blog GB menyatakan PERKASA lebih kurang macam Makkal Sakhti. Ditubuhkan oleh UMNO kononnya untuk perkukuhkan BN. Apa yang terjadi ialah kedua-duanya bakal menjadi peruntuh bukan pengukuh.

Yang kedua, ialah peranan Najib yang umum mengathui, sepertimana di dalam tindakan-tindakan yang banyak seperti pembelian wakil rakyat PR menjadi ahli UMNO dan Bebas, Najib ibarat baling batu sembunyi tangan. Begitu halnya penubuhan Makkal Sakhti dan Perkasa. Sekali lagi lontaran batu Najib kali ini melantun balik ke arah mukanya.

Ketiga, jika benar Najib dan UMNO membantah gagasan Perkasa, apa lagi ditunggu, ISAkan saja Ibrahim Ali. ISA ditentang hebat oleh PR, tetapi UMNO mempertahankannya konon di atas dasar keselamatan negara. Ternyata Ibrahim Ali dan Perkasanya berserta pencacai seperti Utusan telah banyak dan sentiasa memainkan api perkauman di negara ini. Mengapa ISA tidak digunakan? Apakah ISA hanya digunakan terhadap pembangkang?

1 ulasan:

PW CHIANG berkata...

Ibrahim Ali, itu macam katak lompat sana sini, tak malu, peralatkan PAS untuk kedudukannya sebagai MP. Kemudian keluar jadi BEBAS. Bila pengaruh dah x ada, cuba tubuh PERKASA nak mempengaruhi warga Melayu, untuk mengukuhkan kedudukanya. Apa yang dia tahu ialah Melalak, lolak sana lolak sini, melaung terpekik terlolong, Macam ajing meyalak bukit.Kerajaan Pemerintah harus dan mesti di tahan dibawah ISA. Kerana semua kenyataan kenyataan dan sidang akhbarnya sah berbau RASIS. Apa kena mengena dengan hak hak Warga Melayu tercemar atau di rampok??? Benar kah tuduhan Ibrahim Ali itu!! Pihak berkuasa tahan Ibrahim Ali dan tanya siapa yang tercemar dan siapa yang dirampok????
Ibrahim Ali, jangan cepat latah, kaji dan baca terperinci kenyataan kenyataan dan sidang akhbar seseorang dahulu sebelum melatah!
MP bebas tak berpendirian, kalau betul betul nak melindung hak hak keistimewaan Melayu, jelajah seluruh pelusok negara banyak warga Melayu yang pelukan bantuan kamu.Tak payah melalak sana sini tak tentu arah.
Zaman tanpa sempadan, harus bersaing sesama warga Malaysia dan warga dunia, jangan jadi macam KATAK BAWAH TEMPURONG. Dah pun ramai warga Melayu yang berjaya dan dapat bersaing dengan warga lain. CSL tak sentuh pun hak hak keistimewaan dalam Artikel 153.30% dan Perkataan BUMIPUTERA tak pun ujud atau tercatit dalamnya.Jangan cepat melatah tak ketahuan. Nanti kena stroke baru tau.
Pihak berkuasa harus dan mesti tahan Ibrahim Ali bawah ISA, selagi tak tangkap orang tua ni naik tocang dan mengada ngada. Bahaya orang nya, akan menjadi perosak BANGSA MALAYSIA. Jangan kerana setitik nila rosak susu sebelanga.