Selasa, 7 September 2010

ISA: Waris kecewa tahanan ditahan tanpa notis

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR: Ketetapan terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan Muhammad Fadhlullah Abdul Razak, tahanan ISA selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting tanpa terlebih dahulu dimaklumkan pada waris tahanan amat mengecewakan.

Menurut Hasnol Hadi Abdul Razak, 25, polis beberapa hari lalu memberitahu beliau sekeluarga setelah beliau sendiri menelefon pegawai terbabit lalu mendesak berkali-kali supaya Polis menjelaskan status terbaru abangnya itu.

"Abang saya dibawa ke Kamunting Jumaat lepas tetapi polis senyap, langsung tidak memberitahu keluarga.

"Selepas berkali-kali saya menghubungi mereka, baru kami sekeluarga tahu," ujarnya dalam nada yang kecewa.

Bagaimanapun, beliau berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak pula menjelaskan sebab musabab Fadhlullah ditahan.

Sebelum pada itu, beliau berkata, khabar penahanan Fadhlullah disampaikan oleh E. Nalini, Setiausaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Pada 25 Ogos lalu, beliau sekeluarga memohon ehsan dari pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri supaya membebaskan Fadhlullah sempena menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang kian tiba.

Namun, Najib dilihat senada dengan Hishammuddin, iaitu menyatakan kesediaan Kuala Lumpur untuk bekerjasama dengan Washington, khususnya Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kononnya demi memerangi keganasan global di tanah air.

Manakala, Fadhlullah pula pada 20 Julai lalu ditahan oleh Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Bukit Aman di Sungai Buloh kononnya terbabit dengan Jamaah Islamiah (JI).

Tiada ulasan: