Khamis, 9 September 2010

ISA diguna tatkala penguasa gagal berhujah

ANWAR IBRAHIM
http://anwaribrahimblog.com/

Utusan Malaysia hari ini mendesak pemerintah menahan kalangan yang mempertikai peruntukan Perlembagaan termasuk Perkara 153.

Siapa yang mempertikai peruntukan tersebut? Ini yang sengaja dijaja oleh pimpinan UMNO buat mengalih pandangan rakyat terhadap kezaliman dan rasuah yang dilakukan.

Generasi muda mempersoal tafsiran peruntukan yang lebih digunakan buat memperkaya segelintir keluarga dan kroni pemimpin UMNO. Majoriti Melayu dan Bumiputera masih kekal miskin dan terpinggir.

Malah pemimpin UMNO belum menjawab ke manakah dana RM52 bilion yang diperolehi melalui Perkara 153 dan DEB – jumlah yang dikaut keluarga dan kroni berbanding menafaat jutaan Melayu-Bumiputera.

Utusan Malaysia tak mampu meneruskan wacana segar. Yang terpapar adalah ugutan dan fitnah; meremehkan keupayaan Melayu berbahas dan berwacana nasib mereka secara terang dan berani.

Terlalu banyak pekung rasuah dan penyelewengan yang mahu diselindung dari rakyat; terutama Melayu dan Bumiputera. Yang ketara ialah keangkuhan kuasa dan kedangkalan ilmu hingga membatasi perbahasan dan hanya berselindung di sebalik undang-undang zalim.

1 ulasan:

dlines berkata...

utusan malaysia..tolong bincangkan kemana perginya RM52 billion yang hilang (saham yg di peruntukan kpd bumiputra)...adakah pebincangan ini melanggar perlembagaan malaysia...
apalagi nak cakap jangan alih cerita..kami dah umur 53 tahun pun tak tahu apa hak kami pada perlembagaan..kat sekolah tak pernah diajar..cuma diajar patuh kepada pemimpin..