BERNAMA | ||
|
"Itu (kenangan) paling manis kerana saya tangkap pengedar dadah semasa menyamar sebagai penarik beca," katanya.
Musa berkata semasa bertugas di Pulau Pinang bersama-sama Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang pada masa itu baru sahaja menyertai polis, mereka turut menyamar sebagai penjual air tebu dalam usaha memberkas pengedar-pengedar dadah di sana.
Mengenai rancangan beliau selepas bersara nanti, Musa berkata beliau akan berehat dan mungkin akan mengajar orang atau cucunya mengaji, selain daripada menjaga cucunya.
"Tak ada masalah, kita reda dengan apa yang Allah dah beri," katanya.
Senarai nama jawatan kanan
Ditanya sama ada beliau akan mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Musa berkata beliau akan mengerjakan umrah pada hari raya dan mahu berehat di Mekah.
Ditanya mengapa beberapa kekosongan jawatan seperti Ketua Polis Daerah Cheras yang sehingga kini belum diisi, Musa berkata perkara itu perlu dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.
Katanya beliau telah menghantar nama-nama pegawai yang telah dicadangkan bagi mengisi kekosongan itu sejak November tahun lalu.
"Saya tak tahu mengapa tidak diisi. Saya tak mahu pula nanti orang kata saya tidak buat kerja, bukan?. Saya dah hantar awal dulu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan