Isnin, 20 September 2010

HOSPITAL DUNGUN: RAKYAT MAHU JAWAPAN MEYAKINKKAN

BULETIN ONLINE

DUNGUN- Rakyat mahu jawapan yang meyakinkan daripada kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) berkaitan pembinaan HospitalDungun yang telah tertunda sekian lama.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata, pembinaan sebuah hospital baru untuk warga Dungun adalah satu keperluan yang sangat mendesak.

"Pembinaan hospital baru untuk warga daerah Dungun adalah satu keperluan yang sangat mendesak. Ia satu janji kerajaan Umno/BN yang sudah lama ditunggu oleh rakyat,"ujarnya kepada Buletinonline.

Menurutnya, hospital sedia ada yang dibina sejak tahun 1936 bukan sahaja tidak praktikal, bahkan sudah tidak relevan dengan kemudahan dan infrastruktur masa kini.

(Gambar - Ustaz Wan Hassan sibuk melayan dan memberikan duit raya kepada 'tetamu muda' pada Majlis Rumah Terbuka sempena Aidul Fitri baru-baru ini)|

Katanya, kedudukan dan penempatan hospital tersebut bukan dibina untuk keperluan tahun 1960an sebagaimana didakwa oleh Exco Kesihatan Negeri, Dr. Abdul Rahman.

"Oleh kerana ia mula dibina atas tapak tersebut sejak 1936, kawasan Hospital Dungun yang sempit menimbulkan ketidak selesaan kepada orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan, dan sudah tak mampu tampung keperluan semasa,"jelasnya ketika mengulas kenyataan Exco berkenaan yang mengesahkan pembinaan hospital Dungun ditangguh daripada Rancangan Malahysia ke 9 (RMK 9) kepada RMK 10

Wan Hassan yang juga Yang DiPertua PAS Dungun turut mendakwa ruangan menunggu di bahagian farmasi dan di bahagian Unit Pesakit Luar Hospital Dungun adalah terlalu sempit dan merimaskan pesakit yang menunggu untuk mendapatkan ubat,

Beliau mengesyakki ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dasar kerajaan yang telah diputuskan dalam usaha membangunkan sebuah hospital di Dungun.

Walaupun menurutnya, Dr. Abdul Rahman, membuiat kenyataan rasmi berkenaan pembinaan hosp[ital itu, sehingga kini, katanya, beliau belum mendengar mana-mana pimpinan utama kerajaan pusat yang bercakap tentangnya.

"Ada sesuatu yang tak kena, Dr. Abdul Rahman memang bertanggungjawab di peringkat negeri, tapi tak ada apa-apa kenyataan oleh Menteri Kesihatan atau pimpinan Umno dan BN yang peringkat pusat,

"apakah hospital Dungun akan dibina melalui Dana Khas iaitu duit royalti sebagaimana Hospital Sultanah Nur Zahirah, atau ia hanya cakap-cakap kosong, janji politik semasa,"tegasnya.

Katanya, kerajaan sudah berkali-kali menabur janii, kemudian memberikan pelbagai alasan apabila tidak dapat dilaksanakan, bukannya jawapan sebenar.

"Sudah layak kerajaan ini ditukar, kepada kerajaan Pakatan Rakyat, pada pilihanraya umum akan datang,"tambahnya

Tiada ulasan: