Khamis, 16 September 2010

Helikopter bomba terhempas di Lanchang, Temerloh

UTUSAN ONLINE

TEMERLOH - Sebuah helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat terhempas di kawasan ladang sawit, Kampung Kuala Kaung, dekat Lanchang pada kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Helikopter berkenaan dikatakan memantau laluan trafik Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari udara.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Supritenden Zundin Mahmood, terdapat empat anggota bomba di dalam helikopter berkenaan.

"Menurut maklumat awal, tiga anggota cedera manakala seorang parah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, identiti mangsa dan punca kejadian sebenar masih belum diketahui.

"Pihak polis juga masih belum pasti jenis helikopter terbabit dan punca kejadian sebenar sama ada helikopter berkenaan terhempas atau melakukan pendaratan cemas masih dalam siasatan,'' katanya.-Bernama

Tiada ulasan: