Jumaat, 17 September 2010

Hanya Pakatan Rakyat Mampu Bawa Reformasi Tulen Di Sabah, Sarawak

Oleh Dzulkarnain Taib

SHAH ALAM - Hanya Pakatan Rakyat mampu membawa perubahan dan reformasi tulen di Sabah dan Sarawak yang bukan sahaja menegakkan keadilan sosial kepada semua golongan tetapi juga menjamin dasar kepedulian terhadap rakyat terutama menjamin pembelaan rakyat miskin dan terpinggir.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Senator Dr Syed Husin Ali berkata curahan berbilion ringgit daripada kerajaan Umno-Barisan Nasional kononnya untuk memaju dan membangunkan Sabah dan Sarawak hanya menguntungkan pemimpin dan kroni mereka dan sedikit sekali dikecapi oleh rakyat terbanyak.

Katanya, Umno-BN hanya menggunakan kedua-dua negeri tersebut tidak lebih sebagai kantung undi dan bergantung untuk mengekalkan tampuk kekuasaan mereka.

"Sebenarnya kewujudan Umno-BN hanya bergantung kepada sokongan dari Sabah dan Sarawak dan sekiranya kedua-dua negeri ini berubah menyokong Pakatan Rakyat maka sudah tentu kuasa politik Umno-BN akan tumbang.

"Walaupun kewujudan Umno-BN banyak bergantung kepada Sabah dan Sarawak kita lihat tidak ada pembelaan yang serius dilakukan terhadap golongan miskin dan terbiar di negeri itu. Malah kadar kemiskinan di Sarawak adalah antara yang tertinggi dan Sabah pula dikategorikan sebagai negeri termiskin di Malaysia.

"Rancangan berbilion ringgit yang dicurahkan ke Sabah dan Sarawak hanya menguntungkan kroni Umno-BN dan amat sedikit sekali memberi impak kepada golongan miskin dan terpinggir," kata beliau kepada Suara Keadilan.

Sikap cakap tak serupa bikin yang diamalkan Umno-BN menyebabkan kedua-dua negeri tersebut masih mundur jika dibanding negeri-negeri di Semenanjung sungguhpun dari segi hasil bumi Sabah dan Sarawak jauh lebih kaya dan makmur.

"Umno-BN hanya harapkan undi sahaja dari Sabah dan Sarawak dan koridor pembangunan yang dilancarkan hanya menguntungkan segelintir kroni yang rapat dengan pimpinan dan kebanyakannya masih tidak berjalan lagi. Rancangan ini juga tidak menaikkkan taraf kehidupan rakyat miskin dan terbiar.

"Golongan Penan umpamanya diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai kaum yang termiskin didunia dan terdedah kepada pelbagai eksploitasi termasuk seks," tegas Dr Syed Husin.

Sementara itu tokoh wartawan veteran, Said Zahari berkata keputusan kerajaan mengiktiraf Hari Malaysia pada 16 September sebagai cuti umum tidak memberi makna kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

"Ini bukannya isu baru. Kenapa sekarang setelah hampir 50 tahun mahu mengiktiraf dan mengumumkan 16 September sebagai cuti umum?

"Umno-BN sudah melihat tanda-tanda Sabah dan Sarawak sudah tidak lagi berasa selesa dengan dasar mereka, jadi cuti Hari Malaysia ini hanya satu gula-gula untuk memenangi hati rakyat kedua negeri itu.

"Tetapi saya rasa tindakan ini tidak berkesan kerana agak sudah terlambat. Ia tidak mendatangkan apa-apa perubahan kepada rakyat Sabah dan Sarawak, kemiskinan tegar masih menghantui kebanyakan rakyat walaupun sudah 47 menerima gagasan Malaysia," kata Said.

21 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Saya rasa lebih baik jika ada sistem dua parti.

madd berkata...

PR mengatakan mereka mampu bawa reformasi tulen tetapi, negeri-negeri yang ditadbir oleh PR sendiri mempunyai pelbagai masalah seperti Kelantan dengan masalah bekalan air dan isu peniaga di PP.

Unknown berkata...

Sungguh manis kata-kata PR sekarang. Ini cuma cara mereka menarik pengundi dengan kata-kata manis mereka. Mereka hanya mahukan jawatan dan menjatuhkan kerejaan, jadi mereka cuba mencari pengundi deposit BN iaitu Sabah dan Sarawak.

mantra berkata...

dalam pilihanraya, pelbagai propaganda akan timbul, rkyat jgnlah mudah terpedaya, kena bijak dalam menilainya, sebaiknya pilihlah pemimpin yang benar2 baik.

Unknown berkata...

Ia terpulang kepada rakyat Sabah dan Sarawak jika mereka yakin dengan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Unknown berkata...

Kita tunggu dan lihat sahajalah pada PRU yang akan datang. Good luck!

Unknown berkata...

Pastikan semua parti akan bersaing secara adil dan bersih. Jangan bawa masuk mana2x PATI untuk mengundi!

Tanpa Nama berkata...

sedangkan negeri2 PR yang ada sekarang pun tidak terjaga dan masih banyak berlaku kepincangan, inikan pula membawa reformasi tulen di Sabah dan Sarawak..

Tanpa Nama berkata...

apa yang sangat dikhuatiri, jika PR mengambil alih Sabah, pelabur akan lari, ekonomi terbantut dan dikriminasi berleluasa. semua ini telah berlaku di negeri2 jajahan PR berdasarkan pemerhatian blogger2 pro BN.

Tanpa Nama berkata...

bagi saya parti itu tidak akan sempurna selagi masih terdapat kritikan terutamanya dari kalangan rakyat. masih terdapat ramai rakyat di negeri2 PR yang mengeluh dan tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan PR. ini membuktikan kerajaan PR masih belum layak mengambil alih kerajaan Sabah/Sarawak atau negara.

Unknown berkata...

".....menegakkan keadilan sosial kepada semua golongan tetapi juga menjamin dasar kepedulian terhadap rakyat terutama menjamin pembelaan rakyat miskin dan terpinggir". Inilah kata-kata bila menjelang hari PRU. pelbagai janji telah diberikan tapi lepas PRU tinggal abu yang hanya tunggu ditiup angin, setelah itu hilang entah kemana.

Tanpa Nama berkata...

niat PR sebenarnya baik tapi disebabkan rakyat telah berpengalaman menghadapi janji2 manis, sebarang bukti perlu diperlihatkan terlebih dahulu. buktikan kepimpinan PR dinegeri2 PR sebelum meyakinkan rakyat bahawa PR layak menjadi pilihan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

rkyat tahu memilih parti mana yang boleh membela nasib mereka.

samm berkata...

memang mudah jika sekadar berkata, tapi untuk melaksanakan apa yang dikata adalah sukar sekali.

Unknown berkata...

Buktikan dahulu sejauh mana kebenaran PR terhadap rakyat Sabah.

gambir berkata...

PR ini cakap semuanya senang saja tapi negeri-negeri dibawah pentadbiran PR sendiri pun belum stabil lagi.

gambir berkata...

Artikel ini menyampaikan beberapa kekurangan di negeri sabah dan sarawak seperti kadar kemiskinan yang berlaku di sarawak dan sabah masih lagi dikaregorikan sebagai negeri termiskin di Malaysia. Diharapkan perkara ini dipandang serius oleh pihak-pihak tertentu kerana perkara ini sering digunkan untuk menjatuhkan BN.

mike berkata...

reformasi tulen yang bagaimana seperti yang dikatakan oleh PR?

mike berkata...

apa yang diperlukan adalah masa dan wang serta kerjasama dari semua pihak untuk membasmi kemiskinan di sabah dan sarawak..isu ini tidak harus dipolitikkan tetapi harus diselesaikan..jika PR ada caranya maka mengapa tidak dilaksanakan di negeri2 di bawah pemerintahan PR? tidak perlu mengaitkan dengan negeri sabah dan sarawak jika negeri sendiri pun belum selesai isu kemiskinannya..

mike berkata...

PR nampaknya bersungguh-sungguh untu merampas sabah dan sarawak dalam PRU akan datang..BN harus mengubah sikap dan berusaha menyelesaikan isu2 seperti PATI di sabah..BN bukan lagi dalam zon selesa..sekarang adalah masa untuk bertindak dan bukan bercakap banyak..

gambir berkata...

buktikan apa yang anda cakap