Rabu, 8 September 2010

Gugurkan Segera Tuduhan Bermotif Politik Tehadap Boon Piow


SUARA KEADILAN

SHAH ALAM - Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor, Teresa Kok mendesak pertuduhan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi, Ong Boon Piow digugurkan segera kerana ia tidak rasional serta bermotifkan politik.

Kata Teresa berkata tindakan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Perak Tebing Tinggi menghadapkan Boon Piow ke Mahkamah Majistret semalam atas dakwaan memiliki 23 DVD rakaman video sidang Dewan Undangan Negeri di bawah pokok di Ipoh pada 3 Mac 2009 tanpa kebenaran kebenaran daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) mendedahkan taktik kotor kerajaan 'haram' Umno-Barisan Nasional Perak yang mahu menghalang penyebaran maklumat dan menakut-nakut parti lawan.

"Kes terhadap Ong adalah amat jelas satu pendakwaan berpilih serta intimidasi politik ke atas parti pembangkang. Apabila DVD haram berleluasa dijual di merata tempat, adalah pelek Ong Boon Piow di mangsakan untuk menerim hukuman.

"Oleh kerana MCA Perak juga telah membahagikan beribu DVD yang sama dalam masa yang sama dan tiada sebarang dakwaan dibuat, keadilan yang sama juga perlu diberikan kepada Ong," kata beliau yang juga Setiausaha Publisiti DAP dan Ahli Parlimen Seputeh.

Jika sabit kesalah Boon Piow boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjarakan sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali serta memungkinkan beliau kehilangan status sebagai ADUN.

"Saya percaya pertuduhan terhadap beliau telah direkacipta sebagai taktik murahan BN untuk mencuri satu lagi kerusi di dalam DUN Perak sebagaimana mereka lakukan pada 2009.

"Caj terhadap Ong mesti digugurkan demi menjaga maruah kerajaan negeri Perak," kata Teresa.

Boon Piow di dakwa di bawah Seksyen 2 Akta Pernapisan Filem 2002 kerana menyiarkan rakaman tersebut dalam satu majlis di Dewan Chin Woo, Ipoh pada 29 Mac 2009.

"Penyiaran rakaman tersebut secara kebetulan adalah hari yang sama proses penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan.

"Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan, adalah malang saya menjadi sasaran mereka dan saya percayai tuduhan tersebut didalangi oleh motif politik," kata Boon Piow sebelum ini.

Beliau dikatakan merakamkan persidangan DUN yang diadakan oleh Pakatan Rakyat di bawah sebuah pokok berhampiran bangunan DUN Perak dan kemudiannya telah memproses rakaman tersebut dalam bentuk DVD untuk diedarkan kepada umum.

Tiada ulasan: