Rabu, 1 September 2010

DS Najib akan menjadi huduh akibat sesetengah menteri dan timbalan menterinya

Oleh Mummy Rokiah

Pada 10/8/2010 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kerajaan tetap mengekalkan larangan berpolitik kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam kerana pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum ini sudah memadai dengan memberi banyak kebebasan kepada mahasiswa untuk bersuara di kampus.

Dua hari yang lepas pula Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau mahu berbincang dengan Pemuda PAS dan GERAKAN berhubung soal samaada dibolehkan pelajar institusi pengajian tinggi aktif dalam politik. Secara tidak langsung beliau cuba menadapat sokongan dari PAS dan kaum Cina dari "Gerakan".



MR tidak faham apalagi si Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini dok promo sana sini untuk memolehkan pelajar IPTA berpolitik.

Konon katanya “Kementerian Pengajian Tinggi tetap akan meneruskan perbincangan mengenai cadangan membenarkan pelajar IPT menganggotai parti politik berikutan sikap terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung perkara ini. Ini menunjukkan ia masih boleh dibincangkan sama ada setuju atau tidak dan saya lihat kita harus berfikiran terbuka mengenainya". (Sinar)

Apakah beliau tidak faham untuk membaca maksud yang tersirat “in between the line” kenyataan Najib itu?. Faham atau buat-buat tidak faham?

Kalau nak implimentasikan sangat pun tunggu lah dulu apabila diangkat menjadi Menteri penuh kelak.

Yang sebenarnya boleh atau tidak boleh berpolitik mereka ini telah pun berpolitik. Apa tidaknya dengan ada Kelab-Kelab parti politik di U. Ada kumpulan radikal, kumpulan pro Islam, pro-aspirasi, pro-mahasiswa dsbnya, dimana di belakang tabir mereka itu semua ditaja oleh parti-parti politik. Malah ada di pusat pengajian tinggi terkemuka dengan berani memanggil Mat Salleh, Barry Wain untuk menghentam tokoh Melayu yang kita hormati, Tun M.

Inilah akibatnya tindakan sesetengah menteri dan timbalan menteri yang akan melemahkan pentadbiran DS Najib. DS Najib tidak perlu ditapuk kepalanya dengan tindakan sebegini kerana isu perkauman pun cukup kritikal dan semakin sarat menghamil.

http://mummyrokiah.blogspot.com/

Tiada ulasan: