Selasa, 14 September 2010

Dihambur Ungkapan 'India Mabuk', Ahli AMK Dicabul Polis

Nurshakira Buang

KUALA LUMPUR - Tujuh anggota polis lelaki didakwa mencabul kehormatan seorang anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak dan tiga lelaki lain, dalam satu sekatan jalan raya di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, 7 September lalu.

Mendedahkan perkara itu, Arjunan pada sidang media hari ini, berkata, mereka ditahan polis dengan alasan "India selalu mabuk' sebelum pemeriksaan tubuh dilakukan ke atas mereka secara giliran.

"Ketika itulah, mereka mencabul dengan cara meramas kemaluan," katanya yang mengecam keras perbuatan berkenaan kerana menyalah guna kuasa dan semata-mata untuk memalukan mereka.

Mereka sudah membuat laporan di balai polis Bukit Sentosa.

Mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, seseorang yang melakukan kesalahan mencabul terhadap seseorang baik perempuan mahupun lelaki, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda, jika sabit kesalahan. -

14 ulasan:

Bujang Senang berkata...

Siasat perkara ini, sekiranya benar-benar bersalah pastikan hukuman akan diberikan kepada mereka yang bersalah.

Unknown berkata...

Siasatan harus dibuat untuk memastikan dakwaan mereka. Adaka patut anggota polis lelaki tersebut berbuat demikian. Sungguh memalukan!

Tanpa Nama berkata...

sebagai anggota polis, tindakan seperti itu benar2 memalukan dan sengaja menjatuhkan imej polis Malaysia..

Unknown berkata...

ini adalah tuduhan serius terhadap polis yang harus disiasat dengan teliti. entah2 AMK tu sengaja menuduh polis?

Unknown berkata...

jangan sekali-kali percaya tuduhan terhadap polis seperti yang disiarkan dalam artikel ini sebelum dibuktikan!

Paquin berkata...

Memalukan!!!! ayoo kalau dakwaan ni betul, saya wonder oo apa dalam kepala polis tu. huhu

Paquin berkata...

Saya harap hal ni dapat disiasat dan diperjelaskan bagi mengelakkan orang awam salah faham. Jika didapati bersalah hukumlah, bagi pengajaran yang sewajarnya.

azman berkata...

siasatan perlu dilakukan terlebih dahulu. jika benar seperti yang dikatakan oleh pengadu, tindakan yang sewajarnya perlu diambil.

Anak Sabah berkata...

Dicabul polis pula? Diharapkan perkara ini akan disiasat dan keterangan lanjut akan diberikan.

mantra berkata...

polis hanya menjalankan tugas mereka memeriksa sesiapa yang disyaki. hal ini tk perlu nak diperbesarkan.

Unknown berkata...

Menakutkan..Inilah salah satu contoh penyalahgunaan kuasa yang ada. Jika benar dakwaan ini, pesalah harus dikenakan hukuman penjara, jangan hanya membayar denda sahaja kerana orang ramai akan menjadi tidak takut untuk melakukan perkara yang sama. Macam-macam..

Tanpa Nama berkata...

siasatan perlu dibuat berhubung pekara ini. jika benar, hukuman perlu dikenakan terhadap yang bersalah.

mandau berkata...

polis tk wajar melakukan sedemikian, bagaimanapun, dakwaan ini perlu disiasat.

Antanum berkata...

Haaa begini pun ada??? Memalukan dan tidak amanah dengan tanggungjawab yang telah diberikan.. Apakah anggota polis terlibat sudah diambil tindakan yang wajar???