Susan Loone |
Menurut perlembagaan Gerakan, ahli hanya memerlukan 50 atau suku daripada jumlah perwakilan untuk memohon supaya mesyuarat itu dapat diadakan. Ia dijadualkan pada 10 Oktober ini, bermula jam 10.30 pagi dan bertempat di ibu pejabat parti itu.
Petisyen berkenaan akan diserahkan kepada pemimpin parti itu pada pertengahan bulan ini.
Teng yang menjadi ADUN sejak 1990, ketika dihubungi cuba mengendurkan ketegangan itu dengan berkata tindakan ahli yang 'memberontak' itu mengambarkan bahawa demokrasi adalah subur dalam Gerakan.
“Gerakan sebagai parti demokrasi membenarkan ahli-ahli bersuara,” kata Teng.
Namun, beliau mengingatkan ahli-ahli supaya mencari motif sebenar agenda kumpulan yang mendalangi tindakan itu.
“Mengapa mereka membawa isu ke pengetahuan media sedangkan mereka belum lagi berjaya mengumpulkan jumlah tandatangan yang diperlukan?” soalnya.
Teng, yang dilantik sebagai ahli exco kerajaan negeri mulai 1999 dan sehingga apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri yang baru berkata sejak beliau menerajui kepimpinan Gerakan pada 2008, kepimpinan parti kerap melawat dan berdialog dengan bahagian.
Ditanya sama ada beliau akan mengundurkan diri, Teng yang suatu ketika dahulu pernah dicadangkan untuk jawatan ketua menteri Pulau Pinang berkata beliau tidak pernah terfikirkannya.
“(Letak jawatan) itu hanya pandangan kumpulan berkenaan. Ahli-ahli lain tidak berkongsi pendapat yang sama,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan