Jumaat, 17 September 2010

BN Kelantan Lantik Pegawai Khas Urus Daftar Pemilih

MSTAR ONLINE

KOTA BAHARU: Barisan Nasional (BN) Kelantan akan melantik seorang pegawai khas mulai bulan untuk mengurus pendaftaran pemilih baru daripada kalangan anggota dan penyokong parti komponen, kata Pengerusi B Nnegeri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata pegawai khas itu juga akan dilantik di peringkat parti bagi mengendalikan kerja-kerja mendaftar pemilih daripada kalangan anggota parti yang belum didaftar sebagai pemilih.

"Diharap dengan pelantikan seorang pegawai khas yang mengurus daftar pemilih dapat menambahkan bilangan daftar baru kalangan anggota parti-parti komponen," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BN Kelantan ketiga di sini, pada Jumaat.

Mesyuarat tiga bulan sekali itu dihadiri oleh semua pemimpin parti komponen Kelantan termasuk wakil masyarakat Siam.

Mustapa berkata sebelum ini bilangan pendaftaran daripada kalangan anggota parti komponen kurang memuaskan dan berharap dengan pelantikan pegawai itu yang mengendalikan kerja-kerja daftar pemilih dapat menambah bilangan anggota yang layak berdaftar sebagai pemilih.

Beliau juga berkata mesyuarat hari ini memutuskan semua pimpinan wanita parti-parti komponen mengadakan program bersama dan turun ke padang bagi memperjelaskan isu-isu semasa kepada anggota parti dan orang ramai.

"Sebelum ini masing-masing mengadakan program secara persendirian dan mulai akan datang semua program diadakan secara bersama dan turun ke bawah," katanya.

Tiada ulasan: