Sabtu, 4 September 2010

BMF: Syarikat balak buli Penan supaya 'senyap'

MALAYSIA KINI


Pertubuhan Dana Bruno Manser (BMF) mendakwa firma gergasi pembalakan Sarawak - Samling Global Ltd bertersan membuli masyarakat Penan dengan memaksa mereka 'menutup mulu' berhubung penderaan seksual dan perogolan gadis serta wanita Penan.

Tujuh lagi dakwaan eksploitasi seks oleh pekerja pembalakan, kali ini dikatakan berlaku di kawasan Hulu Baram - semua ini didedahkan oleh pertubuhan pro-Penan yang berpangkalan di Swistzerland itu.

BMF mendakwa masyarakat Penan diugut oleh syarikat pembalakan itu bahawa semua perkhidmatan pengangkutan di kawasan berkenaan akan digantung jika dakwaan penderaan seksual itu tidak ditarik semula.

Memetik 'sumber Penan', BMF mendakwa seorang ketua kampung di kawasan itu diarahkan oleh seorang pegawai Samling untuk menandatangani kenyataan bahawa “semua gadis dan wanita di kawasan itu telah menarik balik dakwaan penderaan seksual yang dilakukan oleh pekerja syarikat pembalakan itu”. Jika gagal berbuat demikian, perkhidmatan pengangkutan untuk penduduk tempatan akan digantung.

Pengurus komunikasi Samling, Mandy Chen, ketika dihubungi berkata syarikatnya menyedari pelbagai dakwaan yang dibuat oleh BMF ke atas syarikatnya itu tetapi yang terbaru seperti yang dimuat-naikkan di laman sesawang pada 30 Ogos lalu belum dibacanya.

Chen berkata syarikatnya akan mengemukakan jawapan berhubung dakwaan terbaru artikel berkenaan selepas menyemak dan menyiasatnya.

Tiada ulasan: